Misteri ‘Bukit Pasir’ Seakan Berbentuk Bulat Di Marikh Cetus Kekeliruan Para Saintis
Penemuan ‘bukit pasir’ misteri yang dilihat di Marikh dari kapal angkasa NASA menimbulkan kekeliruan kepada para saintis, lapor The Mirror.
Menurut ahli geologi, Alfred McEwen, pada asalnya bukit pasir itu mungkin perkara biasa yang berlaku di Marikh.
Bagaimanapun, ia berubah menjadi aneh apabila diperhatikan daripada gambar dari Mars Reconnaissance Orbiter (MRO) NASA yang dikatakan ia membentuk menjadi satu bulatan yang hampir tepat.
Difahamkan, bentuk-bentuk itu dilihat melalui kamera HiRISE.

Sebelum ini, kamera itu pernah dihantar ke planet lain yang berada di MRO NASA, ketika para saintis sedang mengkaji bagaimana ‘fros’ mencair pada penghujung musim sejuk Marikh.
BACA JUGA: Asteroid Lebih Tinggi Daripada Bangunan Empire State Bergerak Lintasi Bumi
“Bukit pasir dalam pelbagai bentuk dan saiz adalah perkara biasa di Marikh. Dalam contoh ini, bukit pasir hampir bulat sempurna yang luar biasa.
“Ia berada di tengah-tengah permukaan curam di hujung selatan. Ini menunjukkan bahawa pasir secara amnya bergerak ke selatan namun dipengaruhi angin yang berubah-ubah,” katanya.
Tambahnya lagi, ia adalah sebahagian daripada satu siri imej untuk memantau fros hilang pada akhir musim sejuk.
HiClip: A Bear on Mars? (narrated by Tre Gibbs) https://t.co/okp2Ka1031
NASA/JPL-Caltech/UArizona#Mars #science pic.twitter.com/Gk88yfHhlK
— HiRISE: Beautiful Mars (NASA) (@HiRISE) January 25, 2023
Pada Disember lalu, pengorbit itu menggambarkan imej yang kelihatan seperti wajah beruang pada permukaan Marikh yang membuatkan orang ramai dilanda kekeliruan.
“Beruang di Marikh? Ciri ini kelihatan mirip seperti wajah seekor beruang. Apakah itu sebenarnya? Tetapi ia bukit dengan struktur runtuh berbentuk V (hidung), dua kawah (mata) dan corak separuh bulat (kepala),” katanya.
Difahamkan, corak separa bulat itu mungkin disebabkan pemendapan di atas kawah hentaman yang tertimbus.
Malah, ‘hidungnya’ mungkin adalah lubang gunung berapi atau lumpur dan mendapan itu pula daripada aliran lava atau lumpur.
BACA JUGA: NASA Dedah Gambar Permukaan Marikh, Mirip Seakan-Akan Wajah Beruang
Kaji Marikh sejak 2006
Memetik The Mirror, Mars Reconnaissance Orbiter telah mengorbit dan mengkaji Marikh sejak 2006.
Difahamkan, kapal angkasa itu direka untuk mengkaji deologi dan iklim Marikh, membuat tinjauan tapak pendaratan dan menyampaikan data misi dari Marikh kembali ke Bumi.
Malah, ia telah dirakam oleh Mast Camera atau “Mastcam” penjelajah pada Sol 3466 (7 Mei).
Susulan itu, mereka mendapati imej kelihatan seperti butiran batu-batu yang memenuhi satu permukaan lubang atau bukaan.
Sumber: The Mirror