Siakap Keli
Gambar: Hello Doktor & Triborough Gi Gastroenterology

Boleh Bantu Melegakan Refluks Asid, Kenali Herba Yang Boleh Merawat Masalah GERD

Boleh Bantu Melegakan Refluks Asid, Kenali Herba Yang Boleh Merawat Masalah GERD

Masalah pedih ulu hati ini boleh mengundang rasa kurang selesa dan tidak menyenangkan bagi seseorang individu. Ia akan menjadi parah apabila pesakit berasa tertekan disebabkan berdepan dengan kesukaran untuk melakukan tugasan harian.

Gangguan pedih ulu hati yang dipanggil sebagai gastroesophageal reflux disease (GERD) berpunca apabila otot pemisah esofagus dan perut menjadi lemah.

Sekiranya masalah sebegini kerap berlaku, seseorang itu dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan daripada doktor.

Bagaimanapun, selain mendapatkan rawatan dan nasihat doktor, masalah GERD ini juga boleh dikurangkan dengan pengambilan herba-herba semula jadi.

Jadi, ikuti perkongsian daripada Hello Doktor tentang herba-herba yang boleh membantu mengurangkan masalah GERD.

Ada yang menyebutnya refluks asid, dan ada juga yang mengenalinya sebagai GERD. Apa pun sebutannya, kedua-duanya merujuk kepada keadaan yang sama. Ini kaedah rawatan tradisional GERD yang boleh anda cuba. Jangan risau, ubat GERD paling mujarab secara tradisional ini telah terbukti keberkesanannya.

Apa itu refluks asid atau GERD?

Penyakit refluks gastroesophageal (GERD) atau refluks asid, adalah keadaan yang melibatkan lebih daripada sekadar kes pedih ulu hati yang berlaku sekali-sekala.

Mereka yang menghidap GERD mengalami pergerakan asid perut dalam esofagus ke bahagian atas dengan kerap.

Ini menyebabkan penghidap GERD mengalami beberapa keadaan seperti:

  • Sakit seperti rasa terbakar di bahagian bawah dada atau di belakang tulang dada
  • Kerengsaan
  • Keradangan
  • Rasa sakit

GERD yang tidak dirawat boleh meningkatkan risiko untuk anda mengalami:

  • Laringitis
  • Enamel gigi terhakis
  • Perubahan pada lapisan esofagus
  • Kanser esofagus

Rawatan tradisional GERD

Ada beberapa rawatan atau ubat GERD paling mujarab yang boleh anda gunakan secara tradisional untuk melegakan refluks asid ini.

Antara kaedah atau ubat paling mujarab untuk GERD ialah:

#1. Halia

Gambar hiasan: Unsplash

Dalam perubatan tradisional, halia digunakan untuk merawat simptom loya. Malah, gula-gula halia disyorkan sebagai langkah jangka pendek untuk melegakan masalah mual atau mual yang berkaitan kehamilan.

Dari segi sejarah, halia telah digunakan untuk merawat penyakit gastrousus yang lain, termasuklah pedih ulu hati. Ia dikatakan mengandungi sifat antiradang yang boleh mengurangkan pembengkakan dan kerengsaan keseluruhan dalam esofagus.

Gambar: Hello Doktor

Hanya terdapat sedikit kesan sampingan yang berkaitan dengan halia. Namun, anda tidak boleh mengambilnya terlalu banyak kerana pengambilan yang berlebihan sebenarnya boleh menyebabkan pedih ulu hati.

Selain itu, satu kajian juga telah dijalankan untuk meneroka kesan suplemen halia terhadap kanak-kanak yang mengalami GERD dan mendapati ia membantu mengurangkan gejala.

Kanak-kanak menunjukkan respons yang baik dengan pengambilan suplemen halia tersebut, dan hanya menunjukkan kesan sampingan apabila dos yang diberikan lebih besar daripada 5 gram sehari.

Walau bagaimanapun, doktor tidak mengesyorkan pengambilan halia sebagai rawatan tradisional GERD untuk mereka yang mengalami gangguan pendarahan, kerana halia boleh mencairkan darah dengan kuat.

Selain itu, individu yang mengambil suplemen halia harus menghentikan pengambilannya sebelum menjalani prosedur pembedahan.

BACA JUGA: Lelaki Makan Kelapa Selama 28 Tahun, Dakwa Ikhtiar Rawat Penyakit GERD

#2. Rawatan tradisional GERD: Minyak pudina

Gambar: Hello Doktor

Minyak pudina paling kerap ditemui dalam gula-gula dan juga daun teh. Walau bagaimanapun, pudina juga digunakan secara tradisional untuk mengurangkan atau melegakan masalah seperti:

Beberapa kajian juga telah menunjukkan bahawa minyak pudina melegakan gejala pada individu yang mempunyai GERD.

Walau bagaimanapun, anda perlu berhati-hati kerana anda tidak boleh mengambil antasid dan minyak pudina pada masa yang sama. Ini kerana ia boleh meningkatkan risiko pedih ulu hati.

#3. Likuoris

Menurut kajian yang dijalankan pada tahun 2014, orang ramai telah menggunakan likuoris sejak sekian lama untuk mengurangkan gejala keradangan gastrik. Ia telah menunjukkan peningkatan dalam kajian kecil di mana respondennya mempunyai GERD.

Walau bagaimanapun, likuoris mempunyai beberapa sifat yang boleh menyebabkan kesan sampingan seperti tekanan darah tinggi. Oleh itu, anda harus memilih likuoris deglycyrrhizinated, yang tidak akan menyebabkan kesan sampingan seperti ini.

Walaupun penyelidik dalam kajian ini mengakui potensi manfaat likuoris, mereka juga menyeru agar lebih banyak kajian dijalankan untuk menyokong dakwaan bahawa ia boleh membantu meringankan gejala refluks asid.

#4. Rawatan tradisional GERD: Teh chamomile

Gambar: Hello Doktor

Testimoni peribadi melaporkan bahawa herba boleh menjadi antara cara semula jadi dan berkesan untuk mengurangkan gejala GERD, seperti penggunaan teh chamomile.

Secawan teh chamomile mungkin mempunyai kesan menenangkan pada saluran penghadaman anda.

Namun, kelemahan herba ini ialah tidak ada kajian yang mencukupi untuk membuktikan ia boleh merawat GERD.

Tambahan pula, penggunaan herba seperti ini mungkin boleh mengganggu ubat-ubatan yang sedang anda ambil. Jadi, bertanyalah kepada doktor sebelum menggunakannya.

Kesimpulan

Rawatan tradisional GERD yang kami nyatakan ini adalah sebagai alternatif untuk anda melegakan masalah asid refluks ringan di rumah.

Jika masalah yang anda alami menjadi bertambah kronik atau tidak sembuh-sembuh, segeralah pergi ke klinik atau hospital untuk melakukan pemeriksaan lanjut.

Sumber: Hello Doktor

Noorliyana Ishak