Siakap Keli
maxim tanpa premit e-hailing
Kredit: JPJ

Kenderaan Tanpa Permit e-Hailing, Pihak MAXIM Diambil Tindakan

Kenderaan Tanpa Permit e-Hailing, Pihak MAXIM Diambil Tindakan

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah mengenakan tindakan ke atas MAXIM kerana didapati membenarkan kenderaan tanpa permit e-Hailing beroperasi di Kuatan, Pahang.

Baru-baru ini, Badan Penguatkuasa JPJ menjalankan Ops e-Hailing bagi Syarikat Pengendali Perniagaan Pengantaraan (EHO) di seluruh negara.

Fokus operasi ini adalah untuk mengambil tindakan terhadap EHO yang didapati membenarkan pengoperasian kenderaan tanpa permit kenderaan e-Hailing (EVP) yang sah.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan pihak berkenaan,  JPJ mendapati sebuah syarikat EHO yang mengendalikan aplikasi MAXIM telah berbuat demikian. Tindakan serbuan diambil selepas hasil pemantauan dan risikan selama 14 hari.

“Hasil pemantauan dan risikan selama 14 hari oleh pihak kepada orang ramai melalui online, telah dikesan oleh Bahagian Penguatkuasa Ibu Pejabat JPJ, Kuantan, Pahang.”

Susulan daripada penemuan tersebut, satu operasi telah dilaksanakan pihak JPJ dan mendapati syarikat berkenaan telah melanggar Seksyen 12A(5) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010, kerana membenarkan kenderaan di bawah kendalian syarikat tersebut, beroperasi tanpa EVP yang sah di sekitar Putrajaya dan Pahang.

Berdasarkan data Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), terdapat 5,000 buah kenderaan aktif yang menggunakan aplikasi MAXIM. Walau bagaimanapun, hanya 402 buah kenderaan sahaja yang dilaporkan mempunyai EVP.

Selain itu, beberapa aset dan dokumen syarikat seperti komputer, papan iklan, banner dan bunting telah dirampas dan disita dalam operasi terbabit. Rampasan dan sitaan aset dan dokumen tersebut bertujuan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 222 APAD 2010.

Dalam pada itu, bagi individu yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12A(9) APAD 2010, boleh didenda sebanyak tidak kurang RM1,000 dan tidak melebihi RM500,000, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

Setersunya, pihak JPJ akan terus memantau perkhidmatan EHO secara konsisten bagi mengesan syarikat yang tidak mematuhi peraturan tersebut.

JPJ gesa pemilik syarikat dan pengguna untuk lebih cakna mengenai lesen e – Hailing

Dalam kenyataan yang sama,  JPJ ingin menasihatkan semua syarikat yang menjadi pengantara dan penyediaan sistem EHO kepada pemandu kenderaan e-Hailing agar mendaftar dan mendapatkan lesen.

Pendaftaran boleh dilakukan di bawah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) atau Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

Orang awam turut dinasihatkan agar menyemak status pendaftaran dan pelesenan aplikasi berkenaan di portal APAD/LPKP.

Hal ini adalah untuk memastikan para penumpang mendapat jaminan perlindungan insurans jika berlaku perkara yang tidak diingini.

BACA: Kes Jana Wibawa: Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah

Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.