Siakap Keli
Apa maksud dengan duit jamin
Kredit BERNAMA

Apa Maksud Duit Jamin Mahkamah? Ini Penjelasan Peguam

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Apa Maksud Duit Jamin Mahkamah? Ini Penjelasan Peguam

Penggunaan istilah yang tepat sangat diperlukan bagi memberikan maksud kepada konteks ayat yang mahu diterangkan.

Dalam bidang undang-undang khususnya, terdapat istilah yang mempunyai maksud yang mungkin susah untuk difahami oleh orang awam. Bagi mereka yang sering berkunjung ke mahkamah dan mengikuti perbicaraan, istilah seperti duit jamin mahkamah mungkin tidak asing lagi.

Namun begitu, dalam kalangan orang awam istilah berkenaan mungkin jarang didengari, apatah lagi untuk memahami apa yang maksudnya.

Justeru hari ini kita akan membincangkan berkenaan dengan istilah baharu iaitu duit jamin mahkamah. Untuk memahami istilah ini dengan lebih mendalam, elok kiranya kita serahkan kepada individu yang pakar dalam bidang perundangan.

Peguam bernama Mufarwa Farid menerusi perkongsiannya di Facebook telah menulis berkenaan maksud apa itu duit jamin mahkamah.

Jom kita ikuti perkongsian beliau dibawah.

Maksud duit jamin mahkamah dan siapa yang layak

Duit jami mahkamah itu apa? Duit jamin mahkamah dalam bahasa pasarnya ialah duit untuk pastikan tertuduh hadir pada setiap sesi mahkamah diadakan.

Proses mahkamah ini panjang dan kadang-kadang boleh makan tahun lamanya proses tersebut.

Jadi, sementara proses mahkamah berlangsung, tertuduh boleh keluar buat kerja hariannya. Sebab itu mahkamah meminta duit jamin, ia bagi  memastikan mereka yang terlibat tidak lari keluar negara atau tak muncul-muncul bila hari perbicaraan.

Ada orang dapat jamin. Ada orang tak dapat jamin. Kenapa beza-beza?

Jadi, kita kena tengok kesalahan apa yang pesalah kena tuduh. Dalam jaminan Mahkamah, ada 3 jenis kesalahan iaitu:

i- Kesalahan yang boleh dijamin.

Biasanya kesalahan-kesalahan ni hukumannya ringan. Jadi, Mahkamah pasti akan bagi dia jamin.

ii- Kesalahan yang tak boleh dijamin, tapi perlu dapat perintah mahkamah kalau nak.

Biasanya hukuman kesalahn ni berat. Jadi, peguam kena mohon daripada Mahkamah untok dapatkan jaminan.

iii- Kesalahan yang tak boleh dijamin langsung

Biasanya hukuman bagi kesalahan ini adalah hukum gantung, atau penjara sepanjang hayat atau berbahaya kalau dia diberi keluar.

(Kalau nak tengok kesalahan apa yang boleh jamin, apa yang tak boleh, kita boleh rujuk pada Kanun Tatacara Jenayah. Dekat situ ada jadual.

Mahkamah akan ambil terus ke duit jamin tu?

Mahkmah tidak akan ambil wang jaminan tersebut. Habis saja perbicaraan, duit jamin itu akan dipulangkan semula. Sama ada dia bersalah atau tidak, duit jamin tersebut tetap akan dipulangkan.

Jamin mahkamah bukan denda. Ia bukan hukuman. Dia hanyalah sekuriti saja. Nak pastikan tertuduh datang ke court. Kalau mereka yang terlibat tidak datang ke mahkamah, atau dia larikan diri sampai tak dapat dikesan. Apa jadi dengan duit jamin tu? Mahkamah akan ambil duit tu terus dan tidak akan pulangkan duit tersebut.

Malah, tertuduh akan di isukan dengan waran tangkap. Dia akan ditangkap dan dimasukkan dalam lokap sampai habis bicara.

Penjamin tertuduh akan dihukum tak kalau tertuduh tak hadir mahkamah? Tak pun. Penjamin takkan dikenakan apa-apa.

Siapa boleh jadi penjamin?

Semua warganegara atas umur 18 tahun. Tak kisah siapa. Tapi biasanya, tertuduh akan pilih keluarga sendiri. Dan kebiasaannya, Mahkamah akan minta seorang saja penjamin. Dan penjamin tu kena uruskan kemasukan duit, dan penjamin juga kena hadir ke court kalau tertuduh tak dapat hadir.

Penjamin juga tidak perlu hadir setiap kali perbicaraan. Yang wajib datang hanyalah tertuduh saja.

Tadi kita cerita pasal siapa boleh dapat jamin, siapa yang tak dapat. Sekarang kita cerita pasal nilai jamin. Bila kita dah dapat jamin, amaun nilai jamin tersebut berbeza setiap orang.

Ada orang dia boleh dijamin dengan RM3k saja. Ada orang sampai RM100k. Ada orang sampai RM2juta. Ada orang, dapat jamin sampai bersyarat. Contohnya kena lapor diri dekat balai setiap bulan sampai habis bicara.

Kalau bagi warga asing mahkamah biasanya akan suruh tambah sorang lagi penjamin. Dan kedua-duanya kena warganegara. Dan ada orang, sampai kena tahan passport. Tak boleh keluar negara. Kalau nak, kena mohon perintah mahkamah dulu.

Semua ni bergantung pada budi bicara mahkamah. Mahkamah akan tengok kemampuan tertuduh untuk bayar jamin, latar belakang pekerjaan, latar belakang keluarga, kebarangkalian tertuduh untuk lari daripada perbicaraan dan sebagainya.

Jadi, nilai amaun jamin adalah tak sama bagi semua orang.

BACA: Patutnya Kena Bayar RM22.40, Sekali Kat Kaunter Cashier Minta RM8 Ja

Kalau orang tu tak dapat jamin, atau tak dapat bayar jamin, apa jadi?

Tertuduh kena masuk lokap sampai habis proses mahkamah. Sama ada tertuduh bersalah atau tak selepas keputusan dijatuhkan, tertuduh kena masuk lokap kalau dia tak dapat dijamin/tak dapat bayar jamin.

Kalau proses mahkamah ambil masa sehingga 2 tahun, duduklah dia dalam lokap sampai 2 tahun walaupun tak bersalah. Kalau dia tak didapati bersalah, dia akan dibebaskan. Tapi kalau dia didapati bersalah, dia akan di hantar pergi penjara pula. Penjara dan lokap adalah berbeza.

Katakan seseorang tu minta derma untUk bayar jamin. Bila habis kes tu, duit derma tu pergi mana?

Kalau kes dah habis, si penderma sekalian, pergilah jumpa balik tertuduh tu, minta balik duit kalian. Sebab, Mahkamah akan pulangkan balik duit tersebut. Itu duit kita. Kita kena ambil balik.

Sedaplah tertuduh, dapat derma jamin, habis je kes, dia dapat pulak duit tu masuk poket walaupun bukan dia punya duit. Melainkan kita berniat nak sedekah dekat dia. Maka, tak payah minta balik pun takpa. Duit memasing.

Apapun, jamin ni, sekali lagi, ianya bukan hukuman. Ia hanyalah untuk pastikan tertuduh datang ke mahkamah. Sampai habis bicara, duit jamin tu akan diberikan semula.

Semoga dengan perkongsian pada kali ini dapat memberikan manfaat dan ilmu baharu kepada pembaca berkenaan duit jamin mahkamah.

Sumber: Mufarwa Farid via Facebook

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka