Siakap Keli
Korea Selatan Cadang Waktu Bekerja 69 Jam
Kredit: AFP

Korea Selatan Cadang Waktu Bekerja Wanita 69 Jam Seminggu, Namun Dibantah

Korea Selatan Cadang Waktu Bekerja Wanita 69 Jam Seminggu

Korea Selatan mencadangkan untuk meningkatkan had waktu bekerja mingguan daripada 52 jam kepada 69 jam seminggu untuk meningkatkan keseimbangan kerja dengan kehidupan.

Memetik Daily Mail, peningkatan jumlah jam bekerja sebanyak satu per tiga itu dipercayai akan memberi manfaat kepada wanita yang berkeluarga lebih fokus kepada kerjayanya.

Dalam masa sama golongan ibu juga boleh membantu proses membesarkan anak-anak mereka, ekoran kebimbangan kerajaan tentang situasi tahap kelahiran yang semakin menurun.

Tambahan lagi, kerajaan turut membenarkan pekerja yang bekerja lebih masa diganti sebagai hari cuti. Dalam erti kata lain, pekerja yang bekerja lebih masa boleh bercuti dengan lebih lama.

Menterinya, Lee Jung-Sik berkata, “Kami akan memperkenalkan langkah berani untuk membantu mengurangkan waktu bekerja semasa mengandung atau membesarkan anak (golongan wanita),”

Korea Selatan Cadang Waktu Bekerja 69 Jam
Kredit: AFP

Cadangan mencetus kemarahan

Bagaimanapun, cadangan itu secara tidak langsung mencetuskan kemarahan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa ia akan merugikan ibu atau wanita lain yang bekerjaya dan bukannya membantu.

Sumber Persatuan Kebangsaan Wanita Korea berkata, “Sementara lelaki akan bekerja berjam-jam dan dikecualikan daripada tangggungjawab dan hak penjagaan, wanita perlu melakukan semua kerja penjagaan (anak),”

Walaupun langkah itu disambut baik oleh kumpulan-kumpulan berkepentingan, namun ia telah dikritik oleh pembangkang kesatuan sekerja sebagai pengabaian hak pekerja.

BACA JUGA: Pemandu ‘Seriau’ Jentera Tak Hidup Ketika Live, Cara Pengacara Ini Cover Balik Bikin Terhibur

“Ia akan membuat undang-undang bekerja dari 9 pagi hingga malam selama lima hari berturut-turut. Tidak mengambil kira kesihatan dan rehat pekerja,” kata sumber Konfederasi Kesatuan Sekerja Korea.

Malah, Ketua Pembangkang Utama Parti Demokrat, Lee Jae-Myung berkata pada Rabu bahawa partinya akan menyekat rang undang-undang itu.

Diumumkan pertama kali pada Disember

Tindakan itu dikatakan akan menggantikan undang-undang 2018 yang mengehadkan minggu kerja kepada 52 jam (40 jalan kerja biasa ditambah 12 jam kerja lebih masa).

Pembaharuan polisi buruh yang pertama kali diumumkan pada Disember tahun lalu itu adalah sebahagian daripada usaha untuk membawa lebih banyak fleksibiliti buruh.

Di samping itu, ia turut meningkatkan kehidupan kerja di negara di mana ramai wanita terpaksa memilih antara kerjaya mereka dan membesarkan anak.

Sementara, Presiden Yoon Suk Yeol mengarahkan  ‘langkah berani’ untuk menangani masalah kadar kesuburan negara.

Hal ini berikutan Korea Selatan mempunyai tahap kesuburan yang paling rendah di dunia dengan purata hanya 0.78 anak yang dilahirkan bagi setiap wanita pada tahun 2022.

Sumber: Daily Mai

Florence Nuar