KUALA LUMPUR, 13 MAC 2023 – MOG Group of Companies (MOG), salah satu pembekal penjagaan mata terkenal dan terkemuka di Malaysia sedang menyambung usahanya untuk membina pengalaman konsultasi dan konsep inovatif untuk masa depan penjagaan mata melalui inisiatif komuniti terbaharu mereka, iaitu Little Optometrist. Selepas pelancaran cemerlang 6-in-1 Vision Experience pada 2022, MOG kian menerajui visi mereka untuk membantu masyarakat melihat lebih jelas dengan mendidik dan mengajar generasi seterusnya melalui program penjagaan mata yang komprehensif, Little Optometrist.
Objektif inisiatif tersebut ialah untuk mendidik kanak-kanak dan ibu bapa mereka melalui aktiviti yang menyeronokkan dan melibatkan mereka untuk memberi kesedaran terhadap isu berkenaan penjagaan mata terutamanya myopia dan masalah penglihatan yang kerap menimpa kanak-kanak. Di bawah projek ini, MOG memberikan peluang secara langsung kepada kanak-kanak untuk menguji dan mendiagnosis kondisi mata melalui set kaedah optometri yang dipermudahkan di dalam persekitaran terkawal di bawah pemerhatian pakar optometri kami. Selain daripada mengajar kanak-kanak tentang bidang optometri, ibu bapa juga akan diajar cara untuk mengenali simptom-simptom yang boleh memberi kesan negatif terhadap tumbesaran dan peningkatan penglihatan anak-anak mereka.
Children Myopia Control telah dan akan terus menjadi salah satu servis terpenting yang MOG sediakan di setiap cawangan mereka di seluruh Semenanjung Malaysia. Melalui penambahbaikan MOG 6-in-1 Vision Experience dan juga Little Optometrist, MOG sekarang boleh memberikan perkhidmatan peribadi dan konsultasi penjagaan penglihatan kanak-kanak yang lebih tepat dan pengurusan myopia untuk memberikan maklumat yang efektif berkenaan kesan jangka panjang dan jangka pendek myopia, juga cara-cara untuk mengelak daripada terus melukai penglihatan mereka.
“Myopia adalah masalah penyakit mata yang patut diketahui oleh para ibu bapa. Satu daripada tiga penduduk dunia telah dilanda myopia, jadi kami ingin membantu lebih rakyat Malaysia mengenali kondisi tersebut terutamanya kanak-kanak. Tambahan pula, para ibu bapa juga harus peka dengan kesejahteraan anak-anak mereka termasuk kesihatan mata mereka kerana tahap myopia yang lebih tinggi dikaitkan dengan risiko penyakit mata yang bertingkat setelah kanak-kanak meningkat dewasa,” Dato Frankie Ng jelaskan, Pengerusi dan Pengasas Metro Optical Group (MOG).
Aktiviti ‘Little Optom’ bertemakan visi direka untuk memberikan kanak-kanak peluang untuk mengetahui dan merasai kerjaya seorang pakar optometri dengan efektif melalui pengalaman yang memberangsangkan dan menyeronokkan berkenaan kesihatan mata dari muda lagi, dengan itu meningkatkan penjagaan mata dan penglihatan semasa mereka meningkat dewasa. Dengan sokongan dari organisasi seperti Majlis Optik Malaysia (MOC), Sun Time Vision Specialist dan hospital pakar mata yang lain, MOG berharap inisiatif ini boleh membantu mencapai matlamat mereka untuk memperibadikan perkhidmatan penjagaan mata dari usia kecil dan menemai setiap pelanggan dalam setiap peringkat keperluan mata mereka dengan kepakaran yang terbaik untuk rakyat Malaysia.
“Di MOG, matlamat kami adalah untuk memberikan penjagaan mata terbaik kepada masyarakat, tak kira umur mereka. Kami mempunyai harapan yang tinggi di mana melalui penambahan 6-in-1 Vision Experience dan initiatif baharu yang kami lancarkan iaitu Little Optometrist, kami dapat mendidik kanak-kanak untuk mengutamakan kesihatan mata mereka dan juga meningkatkan minat terhadap kerjaya dalam bidang optometri supaya legasi penjagaan penglihatan boleh diwarisi generasi seterusnya,” kata Dato Frankie.
Little Optometrist Experience merupakan pengalaman terhad yang berlangsung seiring MOG 6-in-1 Vision Experiential Showcase di Sunway Pyramid pada 7 – 12 Mac 2023 lalu. Para ibu bapa telah dijemput hadir dengan anak-anak mereka untuk mengambil bahagian dalam Little Optometrist Experience ketika pameran tersebut dan juga menghadiri sesi konsultasi peribadi penjagaan mata melalui MOG 6-in-1 Vision Experience. Bagi mereka yang tidak dapat hadir dalam tempoh tersebut, 6-in-1 Vision Experience tetap tersedia di mana-mana cawangan MOG di Semenanjung Malaysia.
Untuk maklumat lanjut atau berita terkini tentang servis dan produk MOG, sila layari laman web rasmi (https://www.mog.com.my/), Facebook (https://www.facebook.com/mogeyewearMY/) atau Instagram (https://www.instagram.com/mogeyewear/).