Siakap Keli
Asteroid Terhempas Di Bulan
Kredit: Daily Star

Asteroid Terhempas Di Bulan, Tinggalkan Kawah Sebesar 40 Kaki

Asteroid Terhempas Di Bulan, Tinggalkan Kawah Sebesar 40 Kaki

Ahli astronomi Jepun mengesan kewujudan sebuah kawah baharu di permukaan Bulan selepas asteroid kecil terhempas pada kelajuan kira-kira 30,000mph.

Memetik Daily Star, asteroid itu dikatakan terjatuh berhampiran kawah Ideler L, berhampiran barat laut dari kawah Pitiscus sehingga membentuk kawah baharu sepanjang 40 kaki.

Kurator Muzium Bandaraya Hiratsuka, Daichi Fujii mengesan kawah baharu itu ketika dia sedang mengkaji permukaan Bulan pada 23 Februari lalu sekitar 8:15 malam waktu tempatan.

Bulan tidak miliki atmosfera

Seperti diketahui, walaupun kebanyakan objek yang ‘berlanggar’ dengan Bumi akan terbakar hasil geseran dengan atmosfera, namun Bulan tidak mempunyai atmosfera sebegitu.

Asteroid Terhempas Di Bulan
Kredit: Daily Star

Hal ini menyebabkan kelajuan meteor menjunam ke permukaan Bulan tidak dapat diperlahankan.

Malah, kekurangan atmosfera perlindungan merupakan salah satu sebab terjadinya pembentukan kawah yang banyak pada permukaan Bulan.

“Kawah yang tercipta akan digambarkan oleh Lunar Reconnaissance Orbiter NASA atau siasatan Bulan Chandrayaan 2, India,” kata Fujii.

Tambah Fujii, menyaksikan kejadian itu secara langsung adalah lebih daripada sekadar cerita yang menarik untuk diceritakan kepada ahli astronomi yang lain.

Selain membangunkan pemahaman pengisi tentang kekerapan kejadian ini berlaku, ia turut membantu para saintis mempelajari jenis perlindungan yang diperlukan untuk misi ke Bulan akan datang.

Asteroid Terhempas Di Bulan
Kredit: Daily Star

Hentaman kawah kedua terbesar

Menurut laporan, kesan kawah terbesar yang wujud di atas Bulan dipercayai berlaku sekitar 4.3 bilion tahun yang lalu.

Difahamkan, satu objek besar dilanggar berhampiran kutub selatan Bulan yang meninggalkan kawah besar kira-kira 1,600 batu lebar dengan kedalaman lima batu.

Malah, ia merupakan hentaman kawah kedua terbesar yang diketahui dalam keseluruhan sistem suria.

Tidak hanya itu, pembentukan kawah gergasi itu juga dikatakan seperti ‘laut’ yang masih kelihatan dari Bumi sehingga ke hari ini.

BACA JUGA: Asteroid Lebih Tinggi Daripada Bangunan Empire State Bergerak Lintasi Bumi

Sebelum ini, asteroid yang lebih tinggi daripada bangunan Empire State di Amerika Syarikat (US) dilapor bergerak melintasi Bumi pada awal bulan lepas, memetik laporan The Mirror.

Difahamkan kejadian itu berlaku pada 3 Februari apabila bongkahan batu angkasa yang panjang dan nipis berkenaan melintasi kira-kira 1.1 juta batu dari Bumi.

Lapor The Mirror, saiznya yang besar dikatakan sama dengan mercu tanda terkenal di US iaitu Empire State.

Kedudukan asteroid yang dikenali sebagai 2011 AG5 itu dipercayai berada pada jarak lima kali ganda jarak antara Bulan dan Bumi.

Sumber: Daily Star

Florence Nuar