Siakap Keli
bayar gaji staf meninggal dunia
Kredit AFP, CNNB

Majikan Di China Terima Pujian, Tetap Bayar Gaji “Ex” Staf Yang Telah Meninggal Dunia

Majikan Di China Terima Pujian, Tetap Bayar Gaji “Ex” Staf Yang Telah Meninggal Dunia

Seorang majikan di China dipuji kerana tetap membayar gaji pekerjanya yang meninggal dunia pada tiga tahun lepas bagi membantu meringankan beban keluarga bekas pekerjanya itu.

Memetik CNNB, majikan yang bernama Wang Feng tersebut bertindak sedemikian selepas pekerjanya itu menjadi mangsa kepada penyebaran virus Covid-19 pada 2020 lalu.

Mangsa yang berusia 51 tahun itu mempunyai seorang isteri dan dua orang anak perempuan yang masih bersekolah.

Wang Feng memberitahu pemberita bahawa pada Mac 2020, syarikat tempat dia bekerja mengalami masalah kekurangan pekerja selepas penyebaran wabak tersebut.

Justeru, kerajaan serta perusahaan di semua peringkat telah memulakan pengambilan pekerja secara besar-besaran. Seramai 1,000 pekerja baharu telah dibawa dari Hailun City, Heilongjiang sebagai tenaga kerja baharu bagi syarikat tersebut.

Salah seorang dari pekerja tersebut adalah pekerja yang dibantu Wang Feng dan dia ditugaskan untuk bekerja di sebuah syarikat di Xiangshan.

“Chen Chang berumur 51 tahun pada masa itu. Dia mempunyai dua orang anak perempuan dan kehidupannya agak sukar,” kata Wang Feng kepada pemberita.

Kejadian bermula pada bulan Mei selepas Wang Feng menerima satu panggilan yang menyatakan bahawa pekerjanya itu berada dalam keadaan tidak baik. Chen Chang berada dalam keadaan sangat lemah dan tidak lalu untuk makan.

Pada 20 Mei tahun yang sama, Chen Chang tiba-tiba terjatuh ketika mandi di asramanya dan tidak boleh bangun. Dia kemudiannya telah dibawa ke Hospital Rakyat di Daerah Xiangshan untuk mendapat rawatan kecemasan.

Chen berada dalam keadaan koma dan doktor mengesahkan dia mengalami pendarahan serebral akut. Dia dimasukkan ke ICU selepas selesai menjalani kraniotomi.

Wang Feng yang mengetahui perkara itu terus bergegas ke Xiangshan dan meminta untuk doktor memberikan rawatan yang terbaik tidak kira jumlah kos rawatan.

BACA: Patutnya Kena Bayar RM22.40, Sekali Kat Kaunter Cashier Minta RM8 Ja

Mangsa tidak dapat diselamatkan

Bagaimanapun, selepas sembilan hari, Chen Chang tidak dapat diselamatkan dan disahkan telah meninggal dunia.

“Kali terakhir saya melihatnya, dia masih sedar. Saya dapat melihat air matanya mengalir. Dia sempat memandang saya dan kemudian isteri dan anak perempuannya,” kata Wang Feng.

Menurut Wang Feng, dia dapat tahu bahawa keluarga itu hanya bergantung pada pendapatan pekerjanya itu untuk menjalani kehidupan seharian. Malah, mereka turut tinggal bersama ibu mertuanya yang berusia 80-an dan berada dalam keadaan tidak sihat.

Bayar gaji staf meninggal dunia

Pada awalnya, Wang Feng mahu memberikan keluarga malang itu pampasan secara sekali gus. Namun akhirnya dia memutuskan untuk memberi sebanyak 800 yuan (RM520) setiap bulan kepada keluarga tersebut.

Bayaran pertama berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank isteri Chen Chang pada 10 Jun 2020 yang lalu.

Sejak itu, setiap 10 haribulan dan setiap bulan, keluarga tersebut akan menerima “gaji” berkenaan. Pemberian itu kekal sehingga kini sejak kejadian yang menimpa tiga tahun yang lalu.

Sumber: CNNB 

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.