Siakap Keli
Tempat Paling Berhantu Di Dunia
Gambar: Boris Dzurnak via Sygic Travel, Paris Perfect, Wikipedia, All That's Interesting

Penampakan Kelibat Masih Dilapor Hingga Kini, Ini 16 Tempat Paling Berhantu Di Dunia

Penampakan Kelibat Masih Dilapor Hingga Kini, Ini 16 Tempat Paling Berhantu Di Dunia

Tempat-tempat yang menarik dan tidak pernah diketahui dan dikunjungi oleh kumpulan paranormal menyebabkan ramai yang tertarik untuk meneroka meskipun tempat itu menyeramkan, terutamanya kawasan perkuburan.

Dengan suasana yang sunyi dan mengerikan, tempat ini pastinya akan mampu menaikkan bulu roma kepada mereka yang meneroka tempat tersebut.

Ada juga yang mengatakan bahawa tempat-tempat sebegini dihuni oleh roh-roh yang terseksa di alam lain. Namun, ada pula yang berpendapat bahawa kawasan yang menyeramkan mengingatkan manusia kepada kematian.

Oleh itu, apa sebenarnya yang menarik perhatian ramai paranormal terhadap alam ghaib dan tempat berhantu ini?

Seorang ahli sosiologi dan pengarang Scream: Chilling Adventures in the Science of Fear, Margee Kerr, menjelaskan kepada Washington Post bahawa perasaan takut ketika mendapat tahu bahawa diri kita selamat ini mampu menghasilkan sejenis perasaan yang dipanggil sebagai euforia.

Baca: Bayar RM1 Pun ‘Rider’ Hantar, Ni Cara Nak Dapat Cas ‘Delivery’ Paling Rendah Bila Pesan Makanan

Selain itu, Christopher French, ahli psikologi menyatakan bahawa sesetengah orang yang melihat hantu dan roh ini percaya bahawa jiwa roh-roh tersebut boleh bertahan daripada jasadnya yang mati.

Sehubungan itu, sekiranya anda mempunyai keberanian, anda boleh disarankan untuk terokai beberapa destinasi berhantu ini yang mampu membuatkan bulu roma anda meremang apabila anda mengunjungi dan menggembara ke tempat sebegini.

16 Tempat Paling Berhantu Untuk Dilawati Di Seluruh Dunia

1. ČACHTICE CASTLE, SLOVAKIA

Gambar: Boris Dzurnak via Sygic Travel

Salah satu lokasi yang digunakan dalam filem seram klasik Nosferatu. Istana ini dikatakan pernah menjadi kediaman berdarah Countess Elizabeth Báthory, pembunuh bersiri wanita paling prolifik di dunia.

Menurut sumber, Báthory dikatakan telah membunuh kira-kira 600 mangsa dan memecahkan rekod dunia sebagai pembunuh wanita paling prolifik. Jenayahnya itu digelar “Blood Countess” dan mungkin menjadi sumber inspirasi untuk filem Dracula Bram Stoker (1992).

2. DOOR TO HELL, TURKMENISTAN

Gambar: Arabia Weather

Kepada mereka yang tidak terlatih, lubang besar pada tanah ini dipenuhi dengan api sehingga boleh menunjukkan permukaan bawah tanah.

Walaupun asal-usul lubang ini tidak begitu jelas, ia dikatakan sengaja dibakar oleh para saintis untuk membakar gas berbahaya yang terpancar dari terasnya.

3. PARIS CATACOMBS, PERANCIS

Gambar: Paris Perfect

Tempat ini dicipta bertujuan untuk meringankan beban tanah perkuburan yang banyak di bandar tersebut. Lebih 6 juta tulang manusia kini diletakkan di dalam terowong gua dan disusun di bawah ibu kota Perancis.

4. LIZZIE BORDEN HOUSE, AMERIKA SYARIKAT

Gamar: Wikipedia

Pada Ogos 1892, Andrew dan Abby Borden didapati telah dibunuh di rumah ini yang terletak di Massachusetts. Meskipun anak perempuan mereka, Lizzie dianggap sebagai suspek utama, dia kemudiannya dibebaskan dan tiada siapa yang didakwa dalam kematian mereka.

Sehingga kini, tapak perumahan ini dijadikan sebagai tempat penginapan, di mana tetamu yang berani dan berjiwa kental boleh memilih untuk tidur di bilik yang sama di mana Bordens menghembuskan nafas terakhir mereka.

5. POVEGLIA, ITALI

Gambar: Ermakvagus

Kawasan ini digunakan lebih dari satu abad untuk mengkuarantin mangsa yang menghidap pelbagai wabak penyakit. Poveglia kemudiannya bertukar menjadi sebuah hospital psikiatri namun ditutup pada tahun 1968. Sejak tempat tersebut ditutup, pulau Itali itu kekal tidak berpenghuni.

6. CENTRALIA, AMERIKA SYARIKAT

Gambar: Allthatsinteresting

Daerah Pennsylvania ini telah berubah dan menjadi bandar berhantu berikutan kebakaran lombong arang batu bawah tanah yang terbakar sejak 1960-an lalu.

Rumah-rumah terbiar dan jalan raya runtuh yang mengeluarkan asap tebal hanya menambahkan lagi suasana seram di destinasi ini.

7. PORT ARTHUR, AUSTRALIA

Gambar: Get Your Guide

Ditinggalkan sebagai penjara pada tahun 1877, Port Arthur yang terletak di Tasman Peninsula tersebut dikatakan indah dengan sebuah gereja, menara pengawal, dan kubur besar bekas penjenayah yang bertujuan sebagai peringatan masa lalu negara yang pernah menjadi penjara koloni Empayar British.

8. HANGING COFFINS, FILIPINA

Gambar: Wikipedia

Suku kaum Igorot di wilayah pergunungan Sagada menggantung keranda jenazah mereka dari tebing. Mengikut kepercayaannya, tempat ini dibina adalah untuk mendekatkan roh si mati dengan syurga.

9. CASTLE OF GOOD HOPE, AFRIKA SELATAN

Gambar: AFAR Magazine

Pernah menjadi pusat operasi kerajaan dan ketenteraan, kubu pentagon ini dibina oleh penjajah Belanda pada abad ke-17. Selain itu, kubu ini juga menyaksikan hukuman-hukuman mati yang mengerikan. Oleh sebab itu, banyak laporan mengenai penampakan hantu diterima sehingga kini.

10. CAPUCHIN CATACOMB, ITALI

Gambar: History Hit

Terdapat lebih daripada 2,000 mumia didakwa disimpan di dalam catacomb biara Sicily ini. Kebanyakan mumia tersebut lengkap berpakaian yang mencerminkan kedudukan yang dipegang dalam kehidupannya.

Pada mulanya, tempat ini dikhaskan eksklusif untuk pengebumian pegawai keagamaan. Ia kemudiannya diperluaskan untuk merangkumi golongan bangsawan dan keluarga dermawan seperti Rosalia Lombardo, yang dipanggil “Sleeping Beauty” kerana mayatnya yang terpelihara dengan sempurna.

11. CHARLEVILLE CASTLE, IRELAND

Gambar: Smapse

Bangunan ini mempunyai seni bina yang sangat menakjubkan. Ia dipercayai sebagai salah satu lokasi paling berhantu di Eropah.

Hal ini kerana banyak penampakan dikatakan muncul dalam dindingnya terutama roh seorang gadis muda bernama Harriet. Beliau dikatakan menemui ajalnya dalam kemalangan tragis di salah satu tangga utama di istana berkenaan.

12. VALLEY OF THE KINGS, MESIR

Gambar: Journey To Egypt

Tempat pengebumian golongan bangsawan tertinggi ini merupakan yang terpaling panjang di Mesir. Sekurang-kurangnya 63 makam telah dikenal pasti di seluruh lembah termasuk makam Raja Tut. Kematian Raja Tut itu dikatakan berpunca daripada sumpahan Firaun.

13. MORGAN HOUSE, INDIA

Gambar: Times of India

Rumah agam penjajah British ini didakwa telah dihantui oleh bekas wanitanya. Kini, rumah berkenaan dikekalkan sebagai sebuah hotel yang terbuka kepada mereka yang berani di daerah Kalimpong, India.

14. STANLEY HOTEL, AMERIKA SYARIKAT

Gambar: Wikipedia

Hotel ini memberi inspirasi untuk novel seram klasik Stephen King yang bertajuk The Shining. Hotel yang mempunyai 142 bilik di Estes Park Colorado ini telah mendapat perhatian untuk aktiviti paranormal.

15. TOWER OF LONDON, ENGLAND

Gambar: Britannica

Salah satu tempat bersejarah yang paling terkenal di London. Bekas istana ini telah lama digunakan sebagai penjara paling terkenal dengan banyak hukuman mati, termasuklah kedua-dua isteri Henry VII. Sehingga hari ini, ramai pelawat yang melaporkan penampakan roh-roh yang tinggal di dalam bangunan tersebut.

16. SALEM, AMERIKA SYARIKAT

Gambar: Witchery Art

Kebanyakan identiti budaya dari bandar New England ini berkisar tentang sejarahnya sebagai tapak percubaan Ahli Sihir Salem yang cukup terkenal. Pemburuan ahli sihir pernah berlaku di Amerika Syarikat.

Tempat ini dijadikan sebagai tempat memperingati salah satu karya kesusasteraan seperti The Crucible karya Arthur Miller, Salem, Massachusetts. Selain itu, tempat ini juga menarik minat pelancong yang ingin mengetahui kisah histeria yang berlaku pada masa lalu.

Sumber: National Geographic

Noorliyana Ishak