Sedih Tengok “Ex” Bersanding, Wanita Menangis Sehingga Mata Membengkak Di Majlis Perkahwinan
Hati wanita yang mana tidak luluh apabila melihat orang yang pernah disayangi sebelum ini telah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya.
Mungkin mulut boleh melafazkan perkataan redha, namun hati yang lara tidak boleh dibohongi.
Lebih memilukan lagi apabila seseorang itu turut menerima kad undangan perkahwinan daripada bekas kekasihnya sendiri.
Segelintir individu berpendapat bahawa menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasih tidak begitu digalakkan.
Mereka mengatakan menghadiri ke majlis perkahwinan bekas kekasih ini sebenarnya boleh merosakkan suasana bahagia pasangan pengantin.
Sebabnya, terlalu banyak pengalaman pahit dan manis yang akan dikenangkan ketika melihat pasangan pengantin yang duduk di atas pelamin.
Melihat bekas kekasih yang pernah menempuh cabaran sewaktu bercinta, sedang duduk bersanding sudah tentu akan menyebabkan seseorang itu berasa sedih dan mengalirkan air mata.
Baru-baru ini, tular satu video di Indonesia yang menunjukkan situasi seorang wanita menangis teresak-esak ketika menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasihnya.
Menurut laporan berita Liputan6, video tersebut dimuat naik ke dalam laman Twitter oleh @nkmthi_ pada Selasa, 8 Mac lepas.
Menangis mata membengkak
Dalam video yang berlatar belakangkan lagu kumpulan Armada bertajuk Harusnya Aku itu, kelihatan seorang wanita menangis sehingga menyebabkan kedua-dua belah matanya menjadi bengkak seperti dipukul.
Wanita berkenaan bagaimanapun kelihatan ditenangkan oleh rakan-rakannya yang turut hadir ke majlis perkahwinan bekas kekasihnya itu.
Video berkenaan mendapat perhatian ramai sehingga mencetuskan perdebatan hebat oleh netizen di ruangan komen.
Ada juga yang berkongsi pengalaman mereka di komen yang sebaliknya menjadi kesedihan yang mendalam.
“Sebenarnya orang sekeliling kita yang buat kita menangis, bila dinasihatkan untuk ‘sabar’ oleh rakan-rakan, tangisan akan menjadi semakin kuat,” komen seorang pengguna Twitter.
“Kenapa nak datang kalau belum bersedia?” komen seorang lagi pengguna Twitter.
“Kalau dah tahu ditinggal nikah itu sakit, melihat dia bersama orang lain itu sakit, ya jangan datang. Jangan memalukan diri kamu dan jangan merosakkan hari bahagia orang lain,” komen netizen.
Video yang menjadi tular di laman Twitter tersebut kini mendapat 132.3K tontonan, 1,594 tanda suka dan 380 retweets.
Nangisi lanangan serasa di tinju Chris John. pic.twitter.com/esSHHZqqg8
— Nanti Kita Misuh Tentang Hari Ini (@nkmthi_) March 8, 2023