Siakap Keli
muka pengantin bengkak
Gambar: India Times

Hari Bahagia Bertukar Tragedi, Muka Pengantin Perempuan Bengkak Lepas Disolek

Hari Bahagia Bertukar Tragedi, Muka Pengantin Perempuan Bengkak Lepas Disolek

Perkahwinan merupakan hari yang paling bahagia bagi setiap pasangan untuk membentuk sebuah keluarga. Maka tidak hairanlah bagi seorang pengantin perempuan ingin bersolek pada hari perkawinannya itu.

Seperti yang diketahui, ketika itu peranan jurusolek sangat penting. Sentuhan ‘ajaib’ mereka akan menjadikan pengantin perempuan kelihatan lebih cantik dan berseri pada hari bahagia.

Bagaimanapun, lain pula yang berlaku kepada seorang pengantin perempuan di India apabila wajahnya dipercayai menjadi rosak selepas disolek oleh seorang pakar kecantikan.

Memetik laporan India Times, kejadian tersebut berlaku di daerah Hassan, Karnataka pada 27 Februari lalu.

Akibat kesan solekan itu, pasangan pengantin itu memutuskan untuk membatalkan majlis perkahwinan mereka pada hari itu.

Difahamkan, pengantin tersebut mendapatkan khidmat seorang pakar kecantikan di Arasikere, Hassan.

Sejurus pada tarikh perkahwinannya pada 27 februari, pengantin perempuan datang ke tempat MUA untuk mendapat solekan daripadanya.

Gambar: India Times

BACA: Jurusolek “Makeup” Nenek 60 Tahun Jadi Seperti Anak Dara, Semua Kedutan Hilang

Jurusolek tersebut dipercayai  telah memperkenalkan satu teknik solekan baharu yang dikenali sebagai steam makeup.

Walaupun pertama kali mendengar mengenai teknik itu, pengantin perempuan terbabit bersetuju untuk mencubanya atas dasar percaya terhadap jurusolek terbabit.

Muka pengantin bengkak

Ketika beberapa minit proses solekan itu berlangsung, tiba-tiba wajah pengantin perempuan itu mula membengkak. Bukan itu sahaja, wajahnya terus berubah menjadi gelap dan lebam.

Tambahan lagi, dia juga mula merasa panas di bahagian muka akibat daripada solekan itu.

Keluarganya yang melihat keadaan itu mula ketakutan dan panik, mereka juga segera membawa mangsa ke hospital yang berdekatan.

Doktor yang merawatnya memaklumkan bahawa pengantin perempuan itu kini masih dalam proses rawatan dan keadaannya tidak lagi dalam bahaya.

Tarikh perkahwinannya akan ditentukan semula apabila wajahnya sudah benar-benar pulih.

Sementara itu, laporan polis telah dibuat terhadap jurusolek terbabit dan dia telah ditahan untuk siasatan lanjut.

BACA JUGA: “Kerja Takkan Habis,” Susah Nak Faham Penat Suri rumah, Ini Cara Nak Hargai ‘Bidadari’ Di Rumah Korang

Sumber: India Times 

Ezzatul Syafiqah