Siakap Keli
Kurangkan 15 minit media sosial
Kredit Neuroscience News

Kurangkan 15 Minit “Scroll” Media Sosial Dalam Sehari Mampu Tingkatkan Tahap Kesihatan – Kajian

Kurangkan 15 Minit “Scroll” Media Sosial Dalam Sehari Mampu Tingkatkan Tahap Kesihatan – Kajian

Satu kajian yang dilakukan Swansea University mendedahkan bahawa dengan mengurangkan masa menghadap media sosial selama 15 minit sehari mampu untuk meningkatkan tahap kesihatan.

Menurut portal Neuro Science, perkara itu juga mampu untuk meningkatkan sistem imun serta dapat mengurangkan kesunyian dan mengelakkan kemurungan.

Kajian yang telah diterbitkan dalam Journal of Technology in Behavioral Science itu dilakukan oleh Profesor Phil Reed, Tegan Fowkes dan Mariam Khela.

Lebih tiga bulan, pasukan penyelidik meneliti kesan ke atas kesihatan fizikal dan fungsi psikologi orang ramai yang mengurangkan penggunaan media sosial mereka selama 15 minit.

Hasilnya dibandingkan dengan kumpulan yang tidak diminta untuk mengurangkan penggunaannya atau secara jelasnya mereka yang diminta untuk melakukan sesuatu perkara yang lain selama 15 minit tersebut.

50 peserta kajian iaitu 33 perempuan dan 17 lelaki yang berumur antara 20 hingga 25 tahun telah menjawab soalan bulanan berkaitan kesihatan mereka. Mereka juga diminta untuk menyediakan laporan mingguan tentang penggunaan media sosial mereka.

Kajian ke atas dua kumpulan tersebut mendapati kumpulan yang mengurangkan penggunaan media sosial mereka lebih sihat. Mereka didapati mempunyai tidur yang lebih nyenyak, tidak selesema dan kurang tertekan.

Imun badan dan kualiti tidur meningkat

Terdapat peningkatan 15% dalam fungsi imun badan, peningkatan 50% dalam kualiti tidur dan 30% gejala kemurungan berkurangan.

Manakala kumpulan lain yang tidak mengurangkan pengguaan dalam media sosial tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Mereka yang diminta untuk mengurangkan penggunaan media sosial akhirnya berjaya mengurangkan penggunaan selama 40 minit bukan 15 minit seperti yang diarahkan.

BACA: Patutnya Kena Bayar RM22.40, Sekali Kat Kaunter Cashier Minta RM8 Ja

Sementara itu, mereka yang diminta tidak melakukan sebarang perubahan telah menggunakan media sosial mereka lebih lama, iaitu meningkat sebanyak 10 minit.

Lebih mengejutkan kumpulan yang diminta untuk tidak melakukan sesuatu selain media sosial meningkatkan penggunaan mereka sebanyak 25 minit sehari.

Walaupun kajian terdahulu telah mencatatkan korelasi antara pengurangan penggunaan media sosial dan peningkatan dalam kesejahteraan psikologi.

Justeru, laporan baharu ini penting kerana ia menunjukkan hubungan terkawal secara eksperimen. Hubungan antara sebab dan akibat dalam pengurangan penggunaan media sosial dan kesihatan fizikal yang lebih baik.

“Data ini menunjukkan bahawa apabila orang menghadkan penggunaan media sosial mereka, maka kehidupan mereka akan bertambah baik dalam pelbagai cara.

“Ia termasuk faedah untuk kesihatan fizikal dan kesejahteraan psikologi mereka,” kata Profesor Phil Reed dari School of Psychology University Swansea.

“Ia masih perlu dipastikan sama ada hubungan antara penggunaan media sosial dan faktor kesihatan adalah secara langsung atau ia hanya sebuah perubahan dalam pembolehubah kesejahteraan, seperti kemurungan atau faktor lain,” tambah Profesor Phil Reed lagi.

Sumber: Neuroscience News

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka