SELANGOR, 15 MAC 2023: Rangkaian pemborong dan peruncit terbesar tempatan, MYDIN menganjurkan kempen Klasiknya Raya dengan kerjasama rakan eksklusif perbankan MBSB Bank sempena menjelangnya sambutan bulan Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi. Kempen ini telah dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub di MYDIN Subang Jaya, Selangor.
Sepanjang kempen ini berlangsung, MYDIN turut menawarkan pelbagai seleksi barangan keperluan rumah dan dapur, pelbagai pilihan menarik baju raya lelaki, wanita serta kanak-kanak, perhiasan rumah, kuih raya, pilihan kurma dan pelbagai lagi dengan harga yang istimewa dan semestinya menjimatkan. MYDIN menjangkakan peningkatan jumlah pengunjung sehingga 50 peratus bagi mendapatkan kelengkapan persediaan perayaan mereka.
Bagi menggalakkan masyarakat berbelanja dengan menggunakan teknologi aplikasi digital yang lebih mudah dan selamat, MYDIN turut bekerjasama dengan rakan e-dompet iaitu Atome, Boost, MBSB Bank e-wallet, MCash dan Touch’nGO eWallet bagi menawarkan pulangan tunai keseluruhan bernilai RM300,000 bagi setiap transaksi di MYDIN dengan menggunakan aplikasi terlibat. Kempen bersama rakan e-dompet ini sah sehingga 7 Mei 2023.
Menurut Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin, “ Tema Klasiknya Raya dipilih bagi menggamit semula tradisi dan semangat perayaan yang lebih harmoni dan penuh kesederhanaan. Memandangkan dengan peningkatan kos sara hidup akibat tekanan yang berlaku secara global,
MYDIN menawarkan pelbagai keperluan bagi pelanggan mendapatkan keperluan dengan harga yang amat kompetitif dan mampu milik. Bagi meneruskan sokongan terhadap inisiatif Kerajaan menyantuni golongan memerlukan, MYDIN turut akan menyumbang Bakul Rahmah bernilai RM100,000 kepada golongan memerlukan melalui inisiatif MYDIN Prihatin”.
Selain itu, MYDIN turut menganjurkan Jualan Rahmah bagi baju raya serta Bazar Ramadan Rahmah bagi meringankan beban perbelanjaan khususnya ketika musim perayaan tidak lama lagi.
Tidak dilupakan nasib mereka yang kurang bernasib baik, MYDIN menerusi inisiatif MYDIN Prihatin juga turut menjalinkan kerjasama strategik bersama lebih 50 jenama pembekal. Pelanggan yang membeli produk terpilih bagi jenama terlibat, sejumlah dana akan disumbangkan kepada rumah kebajikan berdaftar dengan Jabatan
Kebajikan Masyarakat di seluruh negara. Pelanggan juga boleh menyumbang melalui rakan e-dompet terlibat atau dengan memotong mata ganjaran kad Meriah di kaunter bayaran MYDIN.
MYDIN menjangkakan kerjasama dengan rakan strategik MYDIN Prihatin ini mampu mengumpul sebanyak RM250,000 untuk diagihkan kepada golongan
yang memerlukan. Sepanjang bulan Ramadan ini juga, MYDIN turut akan mengagihkan 40,000 pek bubur lambuk di cawangan MYDIN yang terlibat. Kempen Klasiknya Raya ini berlangsung sehingga 15 Mei 2023, sebarang maklumat lanjut mengenai kempen ini, orang ramai boleh mengunjungi laman media sosial atau laman sesawang rasmi MYDIN Malaysia di www.mydin.my