Tambang RM1.10, Ini Cara Naik Bas Dari MRT Putrajaya Sentral Ke IOI City Mall
Sistem pengangkutan merupakan satu langkah dalam mengurangkan kadar pencemaran gas rumah hijau dan kesesakan lalu lintas di jalan raya.
Di Malaysia, antara pengangkutan jalan yang tersedia seperti Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Deras (MRT) dan termasuklah bas yang telah sekian lama menapak di sini.
Bagi mereka yang tinggal di sekitar kawasan bandar atau mempunyai akses kemudahan ini, ia merupakan satu pemilihan yang bijak. Tambahan lagi, baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru sahaja merasmikan pembukaan Stesen MRT Putrajaya.
Pastinya terdapat pertambahan laluan stesen yang bakal dilalui oleh pengangkutan awam itu. Perkara tersebut sudah tentunya membuatkan ramai yang tertanya-tanya bagaimana hendak bergerak dari MRT Putrjaya.
Oleh itu, mari kita ikuti perkongsian Asyifa Atiqah Alin Aiman di Facebook Kumpulan Malaysia Land Public Transport Fans (MPLTF) di bawah.
Cara Menaiki Bas Dari MRT Putrajaya Ke IOI City Mall Putrajaya
Perkongsian Maklumat

Bagaimana untuk pergi ke IOI Mall Putrajaya
Dari MRT Putrajaya Sentral, boleh naik bas T523 di platform KR Bus hujung sekali. Bas T523 operated by KR Travel Sdn. Bhd.

Bas T523 bergerak mengikut laluan Putrajaya Sentral – Masjid Putra – Alamanda – IOI City Mall – Hospital Serdang – KTM Serdang – Hub Bus Lebuh Pudu.
BACA JUGA: Tambang Percuma Hingga 31 Mac, Ini Fakta Anda Perlu Tahu Tentang MRT Putrajaya
Tinjauan harini ramai yang naik dari MRT Putrajaya ke IOI Mall, setiap bas penuh dengan orang.


Lokasi Pick Up and Drop di IOI dekat Terminal Bas IOI Mall
Kekerapan: Setiap jam (rujuk gambar)
Harga: RM1.10 sahaja.
Masa perjalanan: 20-30 minit bergantung pada keadaan trafik.

Nak info lanjut just walk in, KR Travel ada seorang kakitangan bertugas di situ, boleh bertanya dan mereka akan bantu anda.
Untuk info lanjut, boleh contact PIC KR Travel di MRT Putrajaya Sentral: Mr. Kartik 016-688 8641
Peringatan

Orang ramai sewaktu 11 pagi, 12 tengah hari, 1 petang, 2 petang, 3 petang, 4 petang dari MRT Putrajaya ke IOI City Mall tadi.
Sumber: Facebook Asyifa Atiqah Alin Aiman via Malaysia Land Public Transport Fans (MPLTF)