Siakap Keli
remaja dibunuh teman lelaki

Mayat Ditanam Di Dapur, Remaja Perempuan Dipercayai Dibunuh Teman Lelaki

Mayat Ditanam Di Dapur, Remaja Perempuan Dipercayai Dibunuh Teman Lelaki

INDONESIA – Mayat seorang remaja perempuan ditemui pada Jumaat lalu selepas dipercayai dibunuh oleh teman lelakinya di Singgalang, Daerah Tanah Datar, Sumatera Barat.

Memetik laporan Bangkapos, mayat remaja itu ditemui dalam keadaan kakinya berlipat dan ditanam di bahagian dapur sebuah rumah.

Ketua Polis Padang Panjang, AKBP Donny Bramanto berkata, pelaku pembunuhan ini adalah kekasih mangsa yang berumur 17 tahun manakala mangsa masih berstatus pelajar sekolah menengah di Kota Padang.

Remaja dibunuh teman lelaki

Hasil siasatan mendapati punca berlakunya pembunuhan kejam itu dipercayai kerana remaja lelaki terbabit takut jika mangsa hamil.

Sebelum kejadian, keluarga mangsa sudah melaporkan kehilangan anak perempuan mereka. Mangsa dipercayai hilang setelah mengikut kekasihnya sejak dua bulan lalu.

“Kejadian itu bermula ketika mangsa menginap di rumah keluarga kekasihnya, di Jorong Solok, Kenagarian Singgalang, Tanah Datar.

“Pada 31 Januari, mangsa menginap di rumah pelaku. Tapi ketika itu masih berada dalam keadaan baik dan belum terjadi pembunuhan.

“Keesokan harinya, orang tua pelaku menyuruh mangsa untuk segera pulang ke Padang. Alasannya kerana tidak elok dilihat oleh orang kampung jika menginap terlalu lama di situ,” katanya.

Pelaku disuruh menghantar mangsa pulang semula ke rumahnya, bagaimanapun lelaki tersebut sebaliknya membawanya ke sebuah rumah berhampiran yang sudah ditinggalkan kosong.

BACA: Ditemui Dalam Semak, Remaja Perempuan Maut Dipercayai Dibunuh

“Pada 3 Februari, saat berada di rumah itu pelaku mula menyiksa mangsa dengan kejam.

“Leher mangsa dicekik dan wajah ditekup dengan bantal hingga lemas dan tak berdaya. Lalu pelaku pergi ke dapur mencari sebatang kayu dan memukul kepala mangsa.

“Pelaku memukul kepala mangsa sebanyak tiga kali, sehingga mengeluarkan darah dari hidung dan mulutnya,” ujar Donny lagi.

Setelah mendapati mangsa meninggal dunia, pelaku menyeretnya ke dapur dan menanamnya.

“Mangsa diseret ke dapur, lalu pelaku mencari cangkul untuk menggali tanah supaya mangsa boleh ditanam. Seluruh pakaian mangsa dibuka dan dibakar untuk menghilangkan bukti,” katanya.

Rahsia pelaku terbongkar

Tidak beberapa lama kemudian, akhirnya mayat remaja itu ditemukan kerana secara kebetulan pemilik rumah pulang  untuk membersihkan rumah menjelang bulan puasa.

Setelah dia pulang, dia mendapati terdapat banyak tompokan darah dan bau busuk di dalam rumah tersebut.

Kemudian, dia terus menggali lokasi kejadian sebelum menghubungi polis dan menemui mayat remaja itu dalam keadaan terlipat kakinya.

Sementara itu, pelaku telah ditahan ketika berada di sebuah restoran di Padang Panjang pada hari yang sama (Jumaat).

Sumber: Bangkapos 

Ezzatul Syafiqah