Siakap Keli

KFC Menawarkan Rasa Eksotik Dari Timur Tengah Pada Bulan Ramadhan & Raya Ini Dengan KFC Arabian Spice Crunch

KUALA LUMPUR, 21 MAC 2023 – Salam Ramadhan dari KFC! Semoga musim Ramadhan dan Raya ini  memberikan sinar kegembiraan dan diraikan dengan penuh kesyukuran. Tahun ini, kami mahu menambah  keseronokan berbuka puasa dan sambutan Hari Raya dengan hidangan sedap menjilat jari ala Arab.  Bersiap sedia untuk menikmati rasa baharu dicipta menggunakan rempah ratus Arab yang pasti menyengat  dengan KFC Arabian Spice Crunch BAHARU.  

Dengan Arabian Spice Crunch, KFC membawa deria rasa anda ke pengembaraan eksotik Timur Tengah  di mana gabungan aneka rempah ratus Arab yang beraroma harum seperti paprika manis, minyak zaitun,  buah pelaga, dan banyak lagi menyaluti sempurna ayam goreng Hot & Spicy signature kami. Anda bakal  menikmati cetusan rasa tajam namun beraromatik yang pedas, manis, dan salai (smoky) dan pasti  memuaskan selera anda dengan setiap gigitan rangup.  

“Di KFC, kami percaya juadah makanan tidak sepatutnya membosankan dan kami sentiasa berinovasi  untuk membawakan rasa baharu yang lazat, lebih-lebih lagi untuk menceriakan sambutan Ramadhan dan  Raya anda. Dengan ciptaan terbaharu Arabian Spice Crunch, kami berharap ianya membawakan  kegembiraan kepada anda dan mereka yang tersayang dalam menyambut hari-hari istimewa ini bersama,”  kata Chan May Ling, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia.  

Bermula RM17.49, KFC Arabian Spice Cunch boleh didapati untuk waktu terhad di restoran KFC seluruh  negara bermula 16 Mac. Anda boleh menikmati hidangan ini melalui 3 pilihan: (1) Kombo 2-ketul, (2) Kombo  3-ketul, dan (3) Box Meal.  

Pada masa yang sama, dicipta untuk dikongsi bersama, KFC Bucket Kongsi dengan Nuget Pedas baharu  juga boleh didapati dalam Kombo 6-ketul, 10-ketul, atau 12-ketul. Bucket ini pasti memeriahkan suasana  himpunan Ramadhan & Raya anda.  

Tambahan lagi, untuk kesenangan anda semasa bulan Ramadhan bermula 23 Mac sehingga 21 April 2023,  hidangan sahur boleh didapati seawal 4 pagi di restoran KFC terpilih seluruh negara di mana anda boleh  mendapatkan hidangan sarapan penarik selera seperti Nasi Lemak KFC, Bubur Zinger, dan KFC Hot Teh  Tarik yang baharu dilancarkan.  

Dapatkan KFC Arabian Spice Crunch, Bucket Kongsi, dan Sarapan KFC di restoran KFC seluruh negara  melalui seluruh saluran khidmat kami termasuk makan di restoran, pandu lalu, Penghantaran & Self Collect.  

Sementara itu, hidangan sahur bakal boleh didapati melalui khidmat makan di restoran dan pandu lalu di  restoran KFC Breakfast (24-jam) di seluruh negara ketika bulan Ramadhan.  

Untuk maklumat lanjut, layari www.KFC.com.my atau muat turun aplikasi KFC.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.