9 Tahun Tinggal Di UK, ‘First Time’ Tengok Ramadan Disambut Terlalu Meriah Di London Kali Ini
Sebagai seorang perantau, ada dua bulan yang membawa erti istimewa, iaitu Ramadan dan Syawal. Apabila tibanya kedua-dua bulan ini, hati secara automatik menjadi syahdu, teringat akan orang-orang tersayang di Malaysia.
Yang menjadi lebih ‘teruk’ apabila perasaan rindu akan kampung halaman itu membuak-buak sehingga setiap malam terpaksa ditemani air mata.
Oleh itu, persekitaran sangat memainkan peranan penting untuk memujuk hati yang sedang berduka lara akibat rindukan kampung halaman.
Dengan hiasan Ramadan yang dipaparkan di jalanan sedikit sebanyak dapat memberi semangat dalam menjalani ibadah puasa di bumi orang.
Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang menunjukkan suasana satu lokasi di sebuah negara bukan majoriti Islam apabila menjelang Ramadan.
Menurut video yang dikongsikan di laman Twitter Cinta Gaza Malaysia (CGM), terpapar suasana kemeriahan Ramadan yang disambut besar-besaran di satu lokasi di London.
Difahamkan, ada seorang muslim yang sudah menetap di sana selama sembilan tahun berkata, itu kali pertama dia melihat sambutan Ramadan semeriah ini.

Berdasarkan perkongsian CGM, dikatakan sambutan Ramadan besar-besaran di Jalan Picadilly Circus di London itu dianjurkan buat pertama kali (tiada semeriah itu selama ini).
Difahamkan video tersebut dikongsikan semula daripada pengguna TikTok @l.mh26, yang menjelaskan dirinya berasa begitu teruja dengan suasana berkenaan.
BACA: Rasmi, Malaysia Mula Puasa Esok
“Pameran lampu Ramadan di London! Sungguh indah untuk dlihat. Allahumma barik. Semoga bulan Ramadan yang suci ini dapat menyebarkan rahmat buat semua. Amin,” katanya pada kapsyen video.
Dalam video tersebut, individu itu menunjukkan pemandangan di sekitar tempat berkenaan sewaktu lampu dengan tulisan ‘Happy Ramadan’ dihidupkan.

Dia menunjukkan dua suasana ketika lampu itu dihidupkan, yang pertama pada waktu siang dan kedua pada waktu malam.
Semasa lampu tersebut dinyalakan pada waktu siang, ia dilihat memenuhi ruang di jalan tersebut, namun keadaan pada waktu malam lebih mengejutkan.
Suasana malap malam sebaliknya dipenuhi dengan lampu dan hiasan itu. Ternyata cahaya pancaran lampu-lampur tersebut sangat menaikkan ‘seri’ di sepanjang jalan berkenaan.
Bukan setakat perkataan sahaja, malah lampu itu juga hadir dalam bentuk anak bulan, bintang dan lain-lain yang biasanya begitu sinonim dengan agama Islam.
Kelihatan ramai yang berkumpul untuk melihat pameran lampu tersebut dan rata-rata mereka gembira dengan hiasan yang dibuat.
Walaupun video yang dimuat naik itu berdurasi 10 saat namun jumlah tontonannya telah mencecah kira-kira 8.2 juta kali setakat artikel ini ditulis.
Video itu juga mendapat 1 juta tanda suka, 67,800 ribu perkongsian dibuat dan 6,983 orang yang telah meninggalkan komen di ruangan yang disediakan.
Menjengah di ruangan komen, warga maya turut menzahirkan rasa syukur apabila negara tersebut bertindak meletakkan hiasan semeriah itu sebagai tanda menyambut baik kehadiran Ramadan.
Difahamkan juga, hiasan itu akan digantung dan dibiarkan selama sebulan, iaitu sepanjang bulan Ramadan.
@l.mh26 Ramadan lights display in London! So beautiful to see Allahuma barik. May this holy month of Ramadan bring abundant blessings to everyone, Amin 🤍 📍Piccadilly Circus #islam #ramadan #ramadanlights #ramadanvibes #london #piccadillycircus
Sumber: l.mh26/TikTok