Dah sekitar seminggu kita berpuasa, ramai yang sudah mula membuat persiapan raya, antaranya membeli baju raya mengikut citarasa dan tema masing-masing. Dari satu kedai ke satu kedai, dari satu butik ke satu butik, tapi susah jumpa design yang cantik di mata dan hati.
Tapi korang tahu tak ada satu port panas ni untuk orang membeli belah untuk pakaian raya dan persiapan yang lain. Tahun lepas saja dah seramai 1.25 juta orang serbu sepanjang 3 hari dianjurkan. Yang menariknya, penganjur buka jualan sampai pukul 5 pagi pada hari terakhir, di mana bazar ni berlansung 66 jam tanpa henti.
Istimewa tahun ini, bazar tersebut dianjurkan sekali lagi pada tahun ini iaitu Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2023 (ABXFGR) sekaligus meraih gelaran Festival Raya Terbesar tahun 2023. Bila dah cakap yang terbesar, mesti korang dah boleh bayangkan betapa banyaknya pilihan yang ditawarkan untuk korang.
Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya pada tahun ini telah menyasarkan seramai 700,000 pengunjung sehari yang akan memeriahkan lagi festival ini. Masa dan tempat penganjuran pada tahun ini adalah seperti di bawah:-
Masa: 14 April(12:00pm) sehingga 17 April (5:00am) 2023
Tempat: Dewan 2,3 & 4, Aras 1, MITEC, Kuala Lumpur
Seperti tahun lepas, festival ini turut berlangsung selama 66 jam tanpa henti dan membolehkan pengunjung datang pada bila-bila masa sahaja mengikut kesesuaian mereka. Tapi, kenapa ramai yang nak datang serbu festival ni sangat-sangat?
Ada Lebih 500 Vendor Termasuk Jenama Terkenal
Salah satu perkara yang perlu dipertimbangkan untuk mengunjungi bazar raya adalah jumlah vendor yang ada. Semakin banyak vendor, semakin ramai yang akan mengunjunginya kerana terdapat pelbagai pilihan dan tawaran harga. Antara vendor jenama terkenal yang terlibat dalam festival pada tahun ini adalah Rizman Ruzaini, Jovian Mandagie, Beautyra, Bulan Bintang, Shawl Publika, Alha Alfa, Elrah dan banyak lagi. Kalau min nak senaraikan pun, mungkin penuh satu artikel ni, jadi korang wajib pergi sendiri untuk tengok vendor jenama-jenama lain yang ada di sana.
Waktu Festival
Seperti yang dinyatakan di atas, penganjuran festival ini berlangsung selama 66 jam tanpa henti, jadi ianya tidak akan menjadi masalah untuk pengunjung hadir pada bila-bila masa mengikut kelapangan masing-masing. Kalau korang rasa nak shopping pukul 3 pagi pun takda masalah tau.
Jualan Happy Hours
Ini pun salah satu tarikan utama yang korang perlu pertimbangkan untuk mengunjungi Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya. Percaya tak korang boleh dapat baju raya koleksi baru serendah dengan harga yang sangat murah dan diskaun yang tinggi. Tapi kan, penawaran harga dan diskaun ini hanya tertakluk pada jualan happy hours yang pastinya menjanjikan harga yang lebih murah.
Kehadiran Artis Terkenal
Di samping kesibukan korang membeli belah, jangan lepaskan peluang untuk sama-sama berhibur dan beramah bersama selebriti dan artis terkenal yang hadir. Dimaklumkan, terdapat 30 orang artis terkenal yang akan memeriahkan festival ini mengikut jadual masing-masing. Antara artis terkenal yang dimaksudkan adalah Hanis Zalikha & Hairul Azreen, Mawar Rashid, Mira Filzah, Hannah Delisha, Alif Satar, Anna Jobling, Meerqeen, Puteri Sarah Liyana, Diana Danielle dan ramai lagi.
Bukan setakat selebriti terkenal, pempengaruh seramai 32 orang juga turut hadir bagi memeriahkan festival terbesar tahun 2023 ini. Yang lagi menarik, akan ada satu aktiviti Meet & Greet bersama dengan pelakon-pelakon High Council di sana nanti.
Banyak lagi aktiviti menarik
Jangan ingat kalau datang sini semata-mata untuk shopping, sebab banyak lagi aktiviti yang dianjurkan oleh semua pengunjung. Antaranya ialah persembahan artis, demo masakan, cabutan bertuah, Absolut Mini Food Fest dan banyak lagi. Jadi, kalau datang ke sini mustahil setakat sejam dua jam, pasti lebih sebab banyak aktiviti kan.
Jadi, sematkan dalam ingatkan korang, tulis di kalendar masing-masing tarikh 14 April sehingga 17 April untuk mengunjungi Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2023 di MITEC, Kuala Lumpur. Jangan datang seorang pula, wajib ajak keluarga, saudara, kawan-kawan, kekasih, tunang dan semua yang korang kenal.
Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai festival ni, korang boleh layari Instagram Absolut Baazar x Festival Gaya Raya dulu.