Siakap Keli
istana negara jalan kaki kwsp
Kredit: TikTok Noorazlan8

Perjuangkan Pengeluaran Khas KWSP, Lelaki Nekad Jalan 340km Dari JB Ke Istana Negara

Perjuangkan Pengeluaran Khas KWSP, Lelaki Nekad Jalan 340km Dari JB Ke Istana Negara

Seorang pemandu teksi dilaporkan memulakan perjalanannya dari Skudai, Johor Bahru ke Istana Negara di Kuala Lumpur dengan hanya berjalan kaki sahaja.

Noorazlan Ismail (49) dilaporkan telah membuat keputusan nekad tersebut sejak beberapa hari lalu.

Lelaki tersebut menggunakan kaedah jalan kaki ke Istana Negara adalah untuk menggesa kerajaan agar membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menerusi akaun TikToknya (noorazlanismail8) turut merekodkan perjalanannya yang kini masuk hari kelima.

@noorazlanismail8

♬ original sound – noorazlan

“Assalamualaikum sahabat, saya akan bermula berjalan dari Tol Skudai jika diizinkan sampai Istana Negara untuk memperjuangkan KWSP.

“Kami memerlukan sangat-sangat demi kelangsungan hidup,” jelasnya ketika memulakan misinya beberapa hari lalu.

Meskipun kakinya melecet disebabkan berjalan terlalu lama, Noorazlan tidak sedikit pun menyerah kalah dan terus berjalan kaki.

Malah, lelaki tersebut terpaksa meredah hujan demi melafazkan isi hatinya kepada kerajaan.

Berdasarkan pengiraan jarak di internet, perjalanan Noorazlan ke Istana Negara  berjarak kira-kira 344 kilometer.

“Minta maaf ada gangguan… saya baru post berkenaan kaki saya dan insan datang membantu, sekarang saya berada di Pagoh, mohon sahabat-sahabat panjangkan doa untuk saya.

“Kemungkinan selepas ini saya tidak dibenarkan menggunakan laluan lebuh raya atas sebab keselamatan. Jangan fikir negatif ya, atas sebab keselamatan diri saya dan pengguna jalan raya lain.

“Jadi saya akur, selepas Pagoh ini saya akan terus perjuangkan misi saya, tapi saya akan gunakan jalan lama,” ujarnya pada Khamis ketika berada di Pagoh.

Tidak dapat memberikan kedudukan terkininya di media sosial

Berdasarkan video terbaharunya, Noorazlan masih meneruskan perjalanannya tetapi tidak mendedahkan lokasi semasanya atas seba-sebab tertentu.

“Apa-apa pun, saya nak minta maaf banyak-banyak. Saya tak boleh upload, update tentang perkembangan saya macam sebelum ini. Harap para sahabat faham dengan keadaan saya sekarang ini,”

@noorazlanismail8

♬ original sound – noorazlan

Kisah Noorazlan menjadi tular di laman sosial dan meraih pelbagai respons dari warga maya, yang kebanyakan bersimpati atas tindakan yang diambilnya.

Ramai yang sebak kerana tindakannya itu adalah bertujuan untuk meneruskan kelangsungan hidupnya bersama ahli keluarganya.

Jelasnya, hasil pendapatan sebagai pemandu hanya dapat menampung perbelanjaan keperluan. Namun, lelaki tersebut difahamkan masih berdepan masalah kewangan.

Bukan itu sahaja, kos sara hidup yang makin tinggi serta kos perbelanjaan persekolahan anak-anak antara pemangkinnya untuk meneruskan misi tersebut.

@noorazlanismail8

♬ original sound – noorazlan

BACA: Aneh, Sayur Layu Jadi Segar Semula Selepas Dicelup Dengan Cecair ‘Misteri’

Sumber: Astro Awani & noorazlanismail8 via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.