Siakap Keli
kanak-kanak turkeye bermain masjid
Kredit: Facebook

Siap Main Bola, Kanak-Kanak Turkeye Bebas Bermain Di Masjid Lepas Tarawih

Siap Main Bola, Kanak-Kanak Turkeye Boleh Bermain Di Masjid Lepas Tarawih

Biasanya, ibu bapa risau untuk membawa anak-anak yang masih kecil ke masjid kerana bimbang berbuat bising dan mengganggu jemaah yang lain.

Jika diminta diam sekalipun, ia tidak dapat bertahan lama kerana lumrahnya mereka gemar bergerak bebas dan berlari riang.

Tetapi, situasi tersebut boleh difahami kerana pada usia tersebut, mereka sebenarnya belum faham apa itu masjid dan fungsinya.

Namun, jika kita memarahi kanak-kanak yang berlari di dalam masjid, bimbang hati mereka menjadi tidak tertarik kerana tidak dapat bermain seperti biasa. Lambat-laun, mereka mungkin tidak berminat lagi untuk mengikuti ibu bapa ke masjid di masa akan datang.

Pada masa yang sama, jika kelakuan mereka tidak dikawal, ia akan mencetuskan masalah kepada jemaah lain. Bunyi bising serta tabiat suka berlari kesana dan kesini kanak-kanak mungkin mengganggu jemaah yang mahu beribadah.

Isu ini kelihatan agak kompleks dan perlu diselesaikan bagai menarik rambut di dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berserak.

Kanak-kanak dibenarkan untuk bermain di masjid-masjid Turki tetapi hanya selepas waktu tarawih sahaja.

Menariknya, sebuah masjid di Turkeye mengambil inisiatif yang disifatkan memenuhi situasi menang-menang (win-win situation).

Menurut hantaran Facebook Mohamed Kamal,  kanak-kanak disana dibenarkan untuk bermain dalam masjid satu jam selepas solat tarawih.

Katanya, masjid ini menyediakan seksyen bebas, dimana kanak-kanak boleh melakukan apa sahaja yang disukai mereka. Malah, ruang ini juga terasing daripada ruang ibadah utama di masjid itu.

Inisiatif itu diambil bagi membolehkan ibu bapa membawa anak masing-masing ke masjid dan memupuk rasa cinta mereka kepada rumah Allah. Pada masa yang sama, mereka mahu kanak-kanak tersebut rasa seperti berada di rumah sendiri ketika di masjid. Malah, ia juga membenarkan ibu bapa dan jemaah beribadah lebih lama tanpa sebarang gangguan.

Berikut merupakan beberapa gambar dan foto yang memaparkan kemeriahan sebuah masjid di Turkeye selepas solat tarawih.

https://www.facebook.com/mohamed.kamal.552/posts/pfbid02sRzRiWz73WTj59gfFCEoZx9S4kGERppTcBiLBAjZcebTQJ66c4rwZb5DbKcvLCLNl

BACA: ‘Kejutan’ Berbuka, Roti Gulung Sosej Didakwa Penuh Ulat

Sumber: Mohamed Kamal via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.