Bulan Mac ni semua umat Islam dah mula berpuasa. Dah sebulan berpuasa, bulan Syawal pula menjelma untuk kita menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan keluarga, saudara-mara dan kawan-kawan. Bila beraya ni memang teruja sangat nak jumpa ahli keluarga yang duduk berjauhan kan? Tambah pulak ada saudara-mara yang baru menimang cahaya mata. Memang semua duk mengadap baby je la.
Tapi dalam kegembiraan kita bermain dengan bayi yang baru lahir, perlu berhati-hati dan bertimbang rasa. Ini kerana bayi mempunyai imuniti badan yang lemah dan mudah jatuh sakit. Kali ini, SK nak kongsi tujuh pantang larang bila jumpa bayi baru lahir ketika beraya nanti. Point nombor 5 orang selalu terlepas pandang.
Pantang yang pertama, jangan kacau bayi yang sedang tidur kerana bayi perlukan tidur yang cukup. Pantang yang kedua, sebelum pegang atau dukung bayi, basuh tangan sebersih yang mungkin untuk mengelakkan kuman atau bakteria yang tak diingini. Pantang yang ketiga, jangan suap bayi atau makan dekat tempat tidur bayi. Kalau makanan tu berterabur di tempat tidurnya boleh mengundang semut.
Pantang seterusnya, jangan komen fizikal bayi sehingga boleh mengguris hati ibu bapanya. Pantang kelima yang ramai suka buat, jangan ambil gambar bayi dan upload di media sosial tanpa kebenaran ibu bapa bayi. Kemudian, jangan melawat bayi pada waktu yang tidak sesuai seperti waktu senja atau stay sampai lewat malam. Yang terakhir dan paling ramai terlepas pandang, jangan cium muka, mulut dan pipi bayi.
Kenapa tak boleh cium? Sebab bayi ada imuniti yang belum matang. Imuniti perlu dikuatkan dengan makanan yang sihat, vaksinasi dan proses ini sudah tentu memakan masa yang panjang. Penting juga untuk ibu bapa menjaga kebersihan bayi dan elak menggunakan sabun atau losen yang mempunyai bahan kimia serta pewangi yang kuat. Mengikut kajian, ia berbahaya untuk bayi.
Sebaiknya, gunalah sabun yang lembut pada kulit bayi. Contohnya seperti sabun Ezerra Extra Gentle Cleanser yang diperbuat daripada bahan pembersih tiga kali lebih lembut berasaskan kelapa, minyak argan, shea butter dan grain wax untuk memberi keselesaan kepada bayi selepas mandi. Ezerra Cream juga diperkaya dengan bahan pelembab yang diekstrak dari gandum untuk kesan kelembapan sehingga tiga hari.
Ibu ayah kena tahu yang Ezerra ada buat promosi Raya Special Buy & Win dengan pembelian RM50. Ibu ayah berpeluang menangi plushie gergasi dan hadiah Ezerra bernilai sehingga RM500. 10 pemenang akan dipilih setiap minggu dengan hadiah terkumpul sebanyak RM20,000.
Untuk maklumat lanjut, layari Facebook, Instagram dan laman web rasmi Ezerra Malaysia di sini.