Siakap Keli
FSA2 KWSP
Gambar: Bernama

Mohon Mulai 7 April, Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai FSA2 KWSP

Mohon Mulai 7 April, Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai FSA2 KWSP

Seperti yang diketahui, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan wang hasil caruman daripada setiap individu yang bekerja.

Baru-baru ini susulan pengumuman Kementerian Kewangan, KWSP telah membuat perincian dalam mekanisme serta terma dan syarat bagi Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2).

Pastinya, banyak persoalan yang bermain di minda orang ramai mengenai FSA 2 ini. Justeru mari kita selidiki maklumat mengenainya yang telah dikongsikan oleh KWSP.

Apa itu Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2)?

Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) adalah satu kemudahan yang bertujuan untuk membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Simpanan dalam Akaun 2 akan dijadikan sebagai asas bagi pembiayaan ini menerusi permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.

Pelaksanaan Fasiliti Sokongan Akuan 2 (FSA2)

Untuk makluman, FSA2 akan dilaksanakan dalam dua fasa. Ia selepas setiap ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon menerusi bank yang terlibat.

Bagi Fasa 1, setiap ahli yang layak berumur 40 tahun ke atas boleh memohon tertakluk kepada bank yang terlibat. Ia akan bermula pada 7 April 2023 dan kekal dibuka selama setahun.

Bagi Fasa 2 pula, ahli di bawah umur 40 tahun akan diumumkan dalam masa terdekat.

Setiap ahli boleh melayari laman web bagi membuat semakan kelayakan dan soalan-soalan lazim berserta jawapan berkenaan fasiliti ini di https://fsa2.kwsp.gov.my bermula 5 April 2023.

Manfaat Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2)

Manfaat yang diperolehi oleh setiap ahli FSA2 termasuklah simpanan akan kekal dalam Akaun 2 dan memenuhi keperluan kewangan jangka pendek.

Selain itu, mereka juga boleh terus menerima dividen tahunan KWSP  dan terlepas daripada kuasa pengkompaunan dividen ke atas simpanan persaraan.

Fasiliti Sokongan Akuan 2
Gambar: Bernama

Di samping itu, FSA2 memberikan kemudahan bagi memastikan mereka mampu membiayai dan membayar balik tanpa menjejaskan kecukupan.

BACA JUGA: STR Fasa Satu Dikreditkan Kepada 8.7 Juta Golongan B40 Mulai Esok – PM

Ia juga menawarkan penyelesaian praktikal untuk ahli KWSP yang menghadapi isu ketidakcukupan tunai.

Kadar Faedah Yang Dikenakan

Bagi kadar faedah (Konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) yang dikenakan oleh bank yang terlibat antara empat peratus hingga lima peratus.

Ia lebih rendah dan lebih berpatutan daripada kadar pasaran semasa, lapan peratus hingga 15 peratus.

Syarat-Syarat Kelayakan Bagi Pemohon FSA2

Antara kelayakan bagi pemohon termasuklah terbuka kepada ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun, seorang warganegara Malaysia, permohonan adalah sekali sahaja selain permohonan tidak boleh dibatalkan setelah diluluskan,

Bagi pemohon yang memohon, permohonan dibuka dalam tempoh setahun (12 bulan) bermula daripada tarikh pelaksanaan yang akan dimaklumkan kelak.

Fasiliti Sokongan Akuan 2
Gambar: Bernama

Bagi FSA2, amaun simpanan minimum  adalah sebanyak RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP. Manakala amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat pula tidak melebihi RM50,000.

Selain itu, amaun pengeluaran akan dibayar kepada institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur pilihan pengeluaran antara usia 50-55 tahun, mengikut pilihan umur pengeluaran ahli.

Pemohon juga perlu memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan yang dimohon.

Institusi Perbankan Yang Terlibat

Sehingga 30 Mac 2023, terdapat dua senarai bank yang dimaklumkan oleh KWSP. Antaranya Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSB Bank.

Ia dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Kedua-dua bank ini menawarkan pembayaran peribadi menerusi Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.

Ciri-Ciri Produk Pembiayaan  Yang Ditawarkan Institusi Perbankan

Ciri-ciri produk yang ditawarkan oleh institusi perbankan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan yang mengambil bahagian.

Untuk keterangan lanjut mengenai produk, ahli boleh berhubung terus dengan institusi perbankan yang berkenaan.

Setiap ahli perlu memahami syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh institusi perbankan dan memahami implikasi menyertai pembiayaan peribadi tersebut.

Oleh itu, KWSP tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa implikasi kewangan dan tindakan yang diambil oleh institusi perbankan ke atas ahli.

BACA JUGA: Kerajaan Saran Pencarum Guna Wang KWSP Sebagai Cagaran Pinjaman Bank – PM

Ia termasuklah disenarai hitam di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) berikutan kegagalan ahli membayar ansuran pembiayaan peribadi tersebut.

Cara Memohon Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun Melalui Institusi Perbankan

Untuk bahagian ini, permohonan dibuat secara dalam talian melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian. Terdapat 3 langkah utama yang perlu dilakukan oleh ahli;

FSA2 KWSP
Gambar: Bernama

Langkah 1: Membuat semakan awal kelayakan dalam Akaun 2 KWSP melalui portal KWSP atau portal institusi perbankan yang mengambil bahagian

Langkah 2: Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut syarat dan terma yang dipersetujui dengan institusi perbankan

Langkah 3: Membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun kepada KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.

Kesan Kepada Ahli Yang Membuat Permohonan Awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun Atau 55 Tahun

Terdapat dua kesan setelah permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun diluluskan oleh KWSP.

Pertama, amaun tersebut berserta dividen terkumpul akan dibayar kepada institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur pilihan pengeluaran di antara umur 50 tahun hingga 55 tahun (seperti yang dipilih oleh ahli).

Yang kedua, setiap ahli boleh membuat pengeluaran pra-persaraan lain tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2 selepas ditolak amaun Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.

Kiraan Amaun Kelayakan Awal Berdasarkan Simpanan Akaun 2

Amaun kelayakan awal permohonan melalui Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.

Ia berdasarkan amaun simpanan dalam Akaun 2 yang ditolak dengan sebarang amaun pengeluaran yang belum diluluskan seperti Pengeluaran Pendidikan, Kesihatan dan sebagainya.

Sampel kelayakan pengeluaran;

FSA2 KWSP
Gambar: KWSP

Pun begitu, amaun bagi pengeluaran bersyarat umur 50 tahun atau 55 tahun ini adalah berdasarkan kepada amaun yang diluluskan.

Bagi pembiayaan peribadi serta terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak institusi perbankan.

BACA JUGA: Kaedah Guna KWSP Sebagai Cagaran Pinjaman Tidak Langgar Akta – PM Anwar

Cara Membuat Permohonan Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun Atau 55 Tahun

Langkahnya mudah sahaja. Ikuti turutan di bawah:

Pertama, setiap ahli perlu mendaftar atau mengemas kini nombor telefon bimbit. Ia bagi tujuan penghantaran Transaction Authorisation Code (TAC) oleh KWSP bagi mengesahkan identiti ketika melakukan transaksi.

Kedua, permohonan ini dibuat secara dalam talian melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian.

Cara Semakan Jumlah Simpanan Akaun 2 KWSP Sebelum Membuat Permohonan Pembiayaan Peribadi Dengan Pihak Perbankan

Terdapat dua langkah bagi setiap ahli untuk jumlah simpanan Akaun 2.

Yang pertama i-Akaun (Ahli) / Aplikasi mudah alih i-Akaun. Kedua adalah menerusi Self Service Terminal (SST) di mana-mana cawangan KWSP.

Ahli Yang Telah Membuat Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun Masih Boleh Membuat Pengeluaran Umur Sebenar 50 Tahun?

Ahli masih boleh memohon Pengeluaran Umur 50 Tahun apabila telah mencapai umur 50 tahun, tertakluk kepada baki simpanan dalam Akaun 2.

Bagaimanapun, tarikh permohonan pengeluaran bersyarat umur 50 tahun atau 55 tahun akan diumumkan kelak ( masih belum diputuskan).

Sebab Permohonan Ditolak 

Permohonan ahli boleh ditolak sekiranya berlaku pembiayaan peribadi tidak diluluskan oleh institusi perbankan. Hal ini kerana ia tidak menepati terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak institusi perbankan.

Seterusnya, baki simpanan dalam Akaun 2 adalah kurang daripada amaun pembiayaan peribadi dengan institusi perbankan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Fasiliti Sokongan Akuan 2 (FSA2) boleh klik di sini.

Sumber: KWSP (1), (2)

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.