Tomok Terharu, Baju & Seluar Terkena Pengilat Kuku “Sold Out”
KUALA LUMPUR — Penyanyi tanah air, Tomok memaklumkan bahawa baju dan seluar yang terkena pengilat kuku sudah berjaya dijual.
Menerusi Instagram Story miliknya, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang membantunya membeli pakaian tersebut.
Dia sebelum ini berkongsi bahawa terpaksa membayar ganti rugi sebanyak RM5,593 kerana anaknya tak sengaja menumpahkan pengilat kuku itu dalam kejadian di sebuah butik.

Dalam video yang dimuat naik oleh tomok sebelum ini juga memaparkan sebanyak empat helai baju dan empat seluar jeans yang terkena cecair berwarna seakan merah jambu.
Menurut Tomok, pakaian itu dijual olehnya dengan harga yang jauh lebih murah berbanding harga asal.
“Saya ada seluar empat helai saiz daripasa 30 sampai 33. Harga dia RM1,299, tapi saya nak jual dengan harga RM800 (satu).
“Baju ni harga dia RM499, tapi saya nak jual dengan harga RM300 (satu). Ada saiz ‘S’ dan juga ‘M’. Lepastu baju ini, berharga RM449, saya nak jual dengan harga RM250,” katanya.
Tragedi Shopping
Sebelum ini, Tomok bersama keluarganya telah ke sebuah pusat membeli-belah bagi berbuka puasa. Bagaimanapun, berlaku kejadian yang tidak diingini sewaktu isterinya sedang sibuk mencari pakaian di sebuah butik.
Menurut Tomok, tanpa sedar pakaian di butik pakaian berkenaan terkena pengilat kuku anaknya.
BACA JUGA: “Semoga Kita Dapat Bersua,” Tomok Sahkan New Boyz Bakal Adakan Konsert Tahun Depan
“Satu kejadian tadi, anak saya dah tumpahkan pengilat kuku pada baju dan seluar,” katanya.
Difahamkan, harga bagi seluar berkenaan adalah sebanyak RM1,299. Lebih malang lagi, cecair pengilat itu bukan sahaja terkena pada satu tetapi pada empat seluar.
Manakala bagi harga baju pula berharga RM449 dan RM899.
Sewaktu kejadian, dia tidak dibenarkan meninggalkan butik itu dan perlu membayar ganti rugi sebanyak RM 5,593 setelah mendapat diskaun. Mengakui kesilapan tersebut, penyanyi berusia 38 tahun itu akur dan membayar pakaian tersebut.
Sumber: Instagram @tomokofficial