KUALA LUMPUR – Sempena Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2023, pihak penganjur akan mengadakan pelbagai aktiviti sampingan. Salah satunya termasuk “GEMPAK HAMPER RAYA”, THE HIGHEST VALUE HARI RAYA HAMPER GIVEAWAY yang akan tersenarai di dalam MALAYSIA BOOK OF RECORDS. Pelancaran tersebut telah berlangsung di lokasi rasmi ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2023 (ABXFGR’23), Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 3 April 2023.
Selain untuk menarik minat para pengunjung, ABXFGR’23 juga berhasrat untuk menggunakan peluang ini sebagai salah satu cara untuk berbakti kepada masyarakat. Barisan jenama besar dan usahawan-usahawan tempatan turut bekerjasama dalam menjayakan Gempak Hamper Raya dengan memberi sumbangan berbentuk barangan untuk pemberian hamper tersebut.
Dalam pada itu, Gempak Hamper Raya ini juga akan menarik minat lebih ramai pengunjung untuk berkunjung ke ABXFGR’23 selain dapat memberi lebih peluang kepada para usahawan untuk merasai pengalaman terbaik sepanjang acara ini diadakan pada April nanti. Selain daripada itu, Gempak Hamper Raya juga dianggarkan dapat mencipta momen yang tidak dapat dilupakan!
ABXFGR’23 dengan bangganya mengumumkan penyertaan penaja-penaja rasmi yang dihormati, iaitu Coca-Cola Far East Ltd. sebagai Rakan Minuman Eksklusif, Al-Ikhsan sebagai Rakan Pakaian Rasmi, Tiktok sebagai Rakan Promosi Rasmi, So Chantique sebagai Rakan Emas, KKMY Group Sdn Bhd sebagai Rakan Gangsa dan Siakap Keli sebagai Rakan Media Rasmi.
Selain itu, ABXFGR’23 juga mendapat sokongan daripada Malaysian Furniture Council, Hijabistahub, Kamya, Elrah Exclusive dan Sugar Bomb yang juga digelar Rakan Sokongan.
Jom sama-sama memeriahkan ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2023 yang bakal berlangsung pada 14 – 17 April 2023 di MITEC bermula 12 tengah hari (14 April) sehingga 5 pagi (17 April) – 66 jam tanpa henti! Pelbagai aktviti dan tarikan yang bakal diadakan bagi menarik perhatian pengunjung.
Jumpa anda di ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2023!