Siakap Keli

Sesi Walkabout Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Negeri Selangor Dan Majlis Iftar Bersama Komuniti Selangor

SELANGOR, 4 APRIL 2023 Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin  Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada hari  ini telah melakukan sesi walkabout peniaga di Bazar Ramadan Dataran  Esplanade Eco Grandeur Park, Puncak Alam sekaligus melacarkan  Bazar Ramadan RAHMAH (BRR) peringkat Negeri Selangor 2023. 

Bazar Ramadan RAHMAH (BRR) adalah inisiatif terbaru Kerajaan  dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan menyediakan pilihan  hidangan untuk berbuka puasa pada harga murah dan berpatutan. Ini  termasuklah dengan menggalakkan peniaga bagi menyediakan  kepelbagaian konsep penyediaan makanan atau produk yang seimbang  berteraskan Menu RAHMAH kepada pengunjung yang datang ke Bazar  Ramadan pada tahun ini.

Antara kriteria BRR sebahagian peniaga menawarkan Menu  RAHMAH, lokasi yang menjadi tempat tumpuan rakyat dan menggalakkan  kadar sewa RAHMAH serta berpatutan kepada peniaga berdasarkan  lokaliti. Inisiatif BRR ini dilaksanakan secara kerjasama strategik di antara  KPDN dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tanpa melibatkan sebarang  implikasi kos kepada Kerajaan. Kerjasama strategik di antara KPDN dan 

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan terus konsisten untuk membantu  serta memberi panduan kepada peniaga Bazar mengikut lokaliti dalam  usaha mewujudkan Bazar Ramadan RAHMAH (BRR) yang menyediakan  kepelbagaian konsep penyediaan makanan atau produk yang seimbang  berteraskan Menu RAHMAH kepada pengunjung yang datang ke Bazar  Ramadan di Selangor pada tahun ini. 

Untuk makluman, Bazar Ramadan Eco Grandeur Park, Puncak  Alam merupakan antara Bazar Ramadan yang menjadi tumpuan di  Selangor. Jumlah keseluruhan peniaga yang beroperasi bagi Bazar  Ramadan Eco Grandeur, Puncak Alam adalah 41 peniaga dan 8 peniaga di Bazar Ramadan ini menawarkan Menu RAHMAH. Sehingga kini,  sebanyak 38 lokasi sedang melaksanakan BRR di seluruh negara termasuklah 4 lokasi BRR yang dilaksanakan bersama Pihak Berkuasa  Tempatan (PBT) dalam menyantuni rakyat di sekitar Selangor  sepanjang bulan Ramadan ini. 4 lokasi BRR di sekitar Selangor yang  menyertai inisiatif ini iaitu di Bazar Ramadan Sungai Besar, Bazar  Ramadan Sabak Bernam, Bazar Ramadan Kuala Selangor dan juga  Bazar Ramadan Bukit Sentosa. 

Pada masa yang sama, KPDN bersama PBT juga meneruskan  perluasan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (Retail  Digitalisation Inisiative – ReDI) di premis jualan dan tidak terkecuali Bazar  Ramadan untuk memastikan peniaga kecil ini tidak ketinggalan di dalam  arus perdana dan menggunakan model baharu perniagaan secara digital.  Selari dengan matlamat tersebut, Bazar Ramadan Eco Grandeur Park,  Puncak Alam telah mula diperkenalkan dengan aplikasi urus niaga digital tanpa tunai (Cashless) secara berperingkat dan dipercayai akan  sepenuhnya mendapat sambutan berurus niaga secara cashless.

Pada hari ini, turut berlangsung Majlis Berbuka Puasa dan Solat  Tarawih YB Menteri Bersama Komuniti Selangor yang diadakan di Surau  Nurus Saadah, Taman Meru 4, Klang. Majlis ini dapat memberi peluang  kepada Komuniti Selangor beramah mesra bersama YB Menteri dan seterusnya dapat membantu memahami kehendak dan hasrat penduduk  setempat. Selain itu, YB Menteri turut menyerahkan Bakul RAHMAH  kepada 100 orang penerima yang telah dikenalpasti oleh komuniti surau  tersebut.  

KPDN merakamkan setinggi penghargaan kepada semua pihak  yang terlibat di atas komitmen yang mampan sepanjang menjayakan  Inisiatif BRR ini bagi membantu golongan yang memerlukan dalam  meringankan beban kos sara hidup mereka di Selangor di samping  meningkatkan pendapatan para peniaga di sini. 

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.