Terhuyung Hayang, Lelaki Kongsi Situasi Solat Tarawih Atas Kapal
Tular di media sosial berkenaan sebuah video memaparkan situasi sekumpulan jemaah lelaki yang didakwa sedang melakukan solat sunat tarawih di atas sebuah kapal.
Video perkongsian itu menjadi tular selepas ia dimuat naik oleh seorang pengguna yang menggunakan nama @popeyeee1234 menerusi akaun TikTok miliknya.
Berdasarkan video perkongsian berdurasi 15 saat itu, dapat dilihat jemaah lelaki seramai enam orang itu cuba menyeimbangkan badan mereka ketika kapal dibadai ombak laut.
Menerusi perkongsian tersebut, ia didakwa merupakan solat tarawih yang dilakukan di atas sebuah kapal.
“Tarawih dikapal, sambil mengekalkan daya graviti bumi,” tulis kapsyen muat naik tersebut.

Kesemua jemaah itu juga dilihat seperti terhuyung hayang dan cuba mengawal pergerakan badan mereka dari terjatuh ketika kapal sedang dilambung ombak.

Perkongsian video tersebut sehingga kini telah mendapat tontonan melebihi daripada sembilan juta tontonan daripada pengguna media sosial TikTok.
Lokasi dan bila kejadian itu dirakam sehingga kini tidak dapat diketahui berikutan kekurangan maklumat yang disampaikan menerusi perkongsian tersebut.
Mendapat komen reaksi pelbagai dari netizen
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang meninggalkan komen mereka berkenaan perkongsian video tersebut.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“MasyaAllah. Semoga selalu dalam lindungan Allah,” tulis seorang netizen.
“MasyaAllah. Walau dilautan pun tak lupa solat berjemaah. Semoga abang-abang ini diberikan kesihatan yang baik selalu, dilapangkan rezeki dan dipermudahkan urusan,” tulis seorang lagi netizen yang turut mendoakan kesejahteraan jemaah tersebut.
“Kuat kaki depa. Seolah melekat seperti cicakman. Kalau aku dah terguling duduk depan tok imam dah,” tulis seorang lagi netizen dengan nada berseloroh.
BACA: Ada 800 Kedai Pakaian, Ni Tempat Terbaik Korang Beli Baju Raya, Senang ‘Match’ Satu Keluarga
Dalam kejadian berasingan, tular baru-baru ini sebuah video menunjukkan seorang Imam tenang membelai seekor kucing yang memanjat badannya ketika sedang mengimamkan solat tarawih.
Video yang dikongsikan oleh sebuah saluran YouTube bahasa Arab mendakwa bahawa kejadian itu dikatakan berlaku di sebuah masjid di Algeria.
“Seekor kucing di Algeria memanjat imam semasa solat tarawih, Maha Suci Tuhan Yang Agung,” tulis muat naik perkongsian video tersebut.
Ketika kejadian, imam tersebut didakwa sedang mengimamkan solat sunat tarawih di sebuah masjid di salah sebuah negeri Algeria, Bourg Bou Arreridj.
@popeyeee1234 Tarawih dikapal , sambil mempertahankan gaya gravitasi bumi wkwk #dibawahlangitmu #pelaut #fyp #fypシ #viraltiktok #ramadhan2023 #ramadhan #puasa #ramadhankareem
Sumber: TikTok