“Influencer” Terkenal Bermurah Hati Taja 10 Buah Bas Untuk Penumpang Bertuah Balik Kampung
Menjelang 1 Syawal, pasti ramai yang telah mula mengatur cuti dan jadual perjalanan untuk menyambut hari lebaran di kampung halaman.
Namun bagi mereka yang menaiki pengangkutan awam seperti bas, ia ibarat mimpi ngeri kerana perlu berebut awal untuk membeli tiket bas yang dimahukan.
Jika lambat bertindak, maka habislah tiket bas yang dijual oleh pengusaha pengangkutan awam tersebut.
Untuk mengatasi senario tersebut, seorang pempengaruh terkenal bernama Hafiz Mahamad telah bermurah hati untuk menaja sebanyak 10 buah bas kepada penumpang yang bertuah bagi pulang ke kampung halaman menyambut Raya.
Bas tersebut mempunyai dua jenis iaitu bas setingkat dan beberapa buah lagi bas dua tingkat.
Perkongsian yang dibuat menerusi akaun TikTok miliknya iaitu @hafizmahamad telah disambut baik oleh anak-anak perantau yang berada di bandar.

Menurut Hafiz, beliau berbuat demikian agar dapat membantu orang ramai yang mengalami masalah kewangan dan memerlukan.
“Harap dapat membantu ramai sahabat yang memerlukan. Awak pun banyak support perniagaan saya AINAA Beauty. Jangan cancel last minit dan book main-main. Kesian saya nanti. Baik kita bagi dekat sahabat yang memerlukan,” tulis kapsyen muat naik video tersebut.

Menurutnya, tahun lepas juga dia sempat menaja sebanyak dua hingga lima buah bas kepada anak perantauan yang memerlukan untuk pulang ke desa.
BACA: Ada 800 Kedai Pakaian, Ni Tempat Terbaik Korang Beli Baju Raya, Senang ‘Match’ Satu Keluarga
Tarikh bagi pergerakan bas itu ditetapkan 20 April pada jam 8.30 malam. Mereka yang sudah menempah tiket perlu berkumpul di Seksyen 13, Shah Alam pada tarikh tersebut.
Destinasi bagi perjalanan bas berkenaan adalah di serata Utara, Selatan dan Pantai Timur.
“Bas yang disediakan hanya 10 buah sahaja, tempat duduk adalah first come first serve,” tulis kapsyen muat naik itu lagi.

Bagaimana cara untuk menempah?
Tulisnya, orang ramai boleh layari eticketing.my atau muat turun aplikasi. Kemudian pilih lokasi berangkat Seksyen 13 Shah Alam bertarikh 20 April 2023 dan lokasi destinasi pilihan masing-masing.
Bagi mereka yang menempah, pastikan syarikat bas yang dipilih adalah syarikat Kiffah.
Masukkan nama, emel dan nombor telefon untuk dihubungi. Peringatan, mereka yang menempah perlu menggunakan kod AINAA bagi menebus tiket percuma tersebut.
Selesai kesemua langkah di atas, anda seterusnya akan menerima e-boarding pass di emel. Team AINAA akan hubungi mereka yang berjaya menebus tiket untuk memberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk ke lokasi berkumpul.
@hafizmahamad Saya sponsor 10 bas raya untuk awak, harap awak happy tau ❤️ Baca caption bawah ni tau Saya faham, ada ramai sahabat yg “kewangan” dia tak mengizinkan. Izinkan saya cuba bantu apa yg boleh tau. Tahun lepas 2-5 bas kita sponsor & InsyaAllah untuk tahun ni, kita sponsor 10 bas untuk awak balik raya tau Harap dpt membantu ramai sahabat yg memerlukan. Awak pun banyak support perniagaan saya @AINAA Beauty . Jangan cancel last minit & book main main. Kesian saya nanti hehe. Baik kita bg peluang dkt sahabat yg memerlukan Ini details “Sahabat Ainaa Balik Raya 2023” BAS PERCUMA PULANG BERAYA BERSAMA AINAA 🗓️ Tarikh: 20 April 2023 (Khamis) ⏱️ Masa: 8.30pm 👨👩👧👦 Tempat Berkumpul: Seksyen 13, Shah Alam 🚌 Destinasi: Serata utara, selatan dan pantai timur CARA DAPATKAN TIKET: 1️⃣ Layari eticketing.my atau download apps Eticketing.my di App Store atau Google Play_ 2️⃣ Pilih lokasi berangkat Seksyen 13 Shah Alam bertarikh 20 April 2023 dan lokasi destinasi pilihan masing-masing 3️⃣ Pilih mana-mana seat yang masih available dan pastikan bus provider adalah Kiffah 4️⃣ Masukkan nama, emel dan contact number yang senang dihubungi (pastikan anda guna kod AINAA untuk menebus tiket percuma) 5️⃣ Anda akan menerima e-boading pass di emel dan dalam masa beberapa hari lagi, team AINAA akan hubungi anda untuk guide bagaimana cara untuk ke lokasi berkumpul BAS YANG DISEDIAKAN HANYA 10 BUAH SAHAJA, TEMPAT DUDUK ADALAH FIRST COME FIRST SERVE BASIS Apa apa kalau nk tanya, boleh contact team saya 01132095027 (Naim). Harap bas ni semua penuh. Happy tak awak ? Saya nk baca comment awak Bagitau kawan kawan tau ! “Kejayaan Demi Kebahagiaan”
Sumber: Hafiz Mahamad via TikTok