Umat Islam di seluruh dunia, termasuk Malaysia, sedang melaksanakan ibadah puasa sempena Ramadan. Pada bulan ini, yang juga dianggap sebagai bulan pesta ibadah, banyak kebaikan yang kita boleh buat, kerana ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.
Antara kebaikan-kebaikan yang boleh kita buat adalah menyediakan makanan bersahur dan berbuka untuk orang yang berpuasa serta membayar zakat. Selain itu, jika kita berkemampuan, amalan bersedekah atau menderma kepada mereka yang memerlukan juga amat digalakkan.
Ada banyak faktor jadi pendorong untuk kita berbuat baik kan? Ada kalanya, ia datang dari dalam diri kita sendiri dan ada masanya hasil galakan daripada orang sekeliling.
Bila bercakap pasal dorongan dan galakan ini kan, banyak syarikat-syarikat besar turut serta memeriahkan bulan Ramadan dan mengajak orang ramai berlumba-lumba berbuat kebaikan.
Kongsi Kebaikan Bersama sepanjang Ramadan
Samalah juga dengan syarikat perbankan Maybank ini, kerana baru-baru ini syarikat itu telah melancarkan satu kempen yang mengajak warga Malaysia.
Terkini, Maybank menerusi kempen Kongsi Kebaikan Bersama sepanjang Ramadan ini bawakan beberapa program demi kebaikan masyarakat dan mereka yang memerlukan.
Korang mesti nak tahu apa program yang Maybank tawar dan tak sabar sangat-sangat nak sertai kan?
Beli Menu Rahmah & Sokong Peniaga Tempatan
Bermula 23 Mac hingga 21 April ini, korang boleh membeli Menu Rahmah menerusi fitur Sama-Sama Lokal dalam aplikasi MAE. Menerusi kempen ini, selain korang dapat berjimat-cermat dengan membeli juadah pada harga berpatutan, korang juga boleh menyokong pengusaha-pengusaha restoran tempatan.
Menerusi kempen Sama-Sama Lokal, korang boleh beli menu Rahmah iaitu inisiatif daripada Maybank sendiri, iaitu makanan dan minuman dibawah RM 5.
Ada banyak menu daripada pelbagai peniaga yang korang boleh cuba seperti Restoran 5 Beradik, Nasi Lemak Utara Mak Ton dan bermacam-macam lagi.
Korang boleh tengok video kat bawah ni macam mana nak buat pesanan Sama-Sama Lokal menerusi aplikasi MAE.
Anda Simpan & Sokong, Kami Derma #Untukmu
Selain itu, Maybank juga menganjurkan kempen ‘Anda Simpan & Sokong, Kami Derma #Untukmu’ iaitu kempen untuk orang ramai menyimpan menerusi Maybank dan pada masa yang sama menderma kepada mereka yang memerlukan.
Berjalan 1 Mac hingga 31 Julai ini, Maybank akan menderma RM 100,000 sebaik sahaja jumlah ikrar mencecah 20,000, seterusnya akan menyalurkan sumbangan amal tersebut kepada Badan Amal menerusi MybankHeart untuk menyokong inisiatif yang mewujudkan impak positif jangka panjang kepada masyarakat.
Korang boleh baca lanjut syarat-syarat penyertaan kempen Anda Simpan & Sokong, Kami Derma #Untukmu disini.
Add Good To Cart Menggunakan Kad Kredit Ikhwan Maybank, Berbelanja Sambil Menderma
Satu lagi kempen yang boleh korang sertai adalah kempen Add Good To Cart. Khas untuk kaki online shopping, menerusi kempen ini korang kini boleh berbelanja dan berbuat kebaikan serentak dengan menggunakan kad Ikhwan Maybank.
Menerusi inisiatif yang disediakan oleh Maybank dan Maybank Islamic ini, korang dapat membantu komuniti yang memerlukan dan menyumbang kepada kelangsungan kecemasan untuk membantu mereka yang memerlukan.
Tabung ini antara lain digunakan untuk menyediakan bantuan perubatan kecemasan dan makanan ketika bencana, untuk misi kemanusiaan seperti menyediakan bantuan kemanusiaan contohnya bekalan air bersih dan membaiki rumah kepada mereka yang memerlukan.
Selain itu, tabung ini juga akan digunakan untuk menyediakan program-program pendidikan kepada komuniti seperti program pengurusan bencana dan sebagainya.
Jadi, sambil-sambil korang online shopping tu, klik disini untuk menderma.
Ada banyak lagi kempen-kempen penuh kebaikan untuk korang selain yang kami senaraikan di atas.
Bayar Zakat Fitrah Sangat Mudah Dengan MAE
Antaranya, korang juga boleh membayar zakat fitrah dengan hanya menggunakan aplikasi MAE atau M2U. Yelah, kadang-kadang kita terlampau sibuk sampai lupa untuk keluar membayar zakat fitrah, sedangkan ia adalah tuntutan agama yang wajib kita lunaskan.
Apa kata, anda bayar je guna aplikasi MAE atau M2U. Semuanya mudah dan dihujung jari tau.
Imbas & Bayar Sedekah Di Masjid
Selain itu, dengan menggunakan fungsi imbas dan bayar korang juga boleh memperbanyakkan derma korang di bulan Ramadan ini. Ada 716 masjid dan surau di seluruh negara yang menyediakan kod QR untuk memudahkan umat Islam menderma.
Imbas dan bayar di masjid guna pautan ini.
Agih Bantuan Kepada Lebih 7,000 Keluarga
Maybank juga menganjurkan program Bantuan Ramadan Serantau Maybank Islamic yang bermula 11 Mac lepas hingga 8 April ini.
Sepanjang tempoh ini, Maybank akan mengagihkan bantuan makanan kepada lebih 7,000 buah keluarga yang tidak berkemampuan di 11 buah negara.
Jom Berbuka Di Cawangan Maybank Seluruh Negara
Tak cukup dengan itu, Maybank juga menganjurkan program Maybank Islamic Tautan Kasih (agihan Kurma & Iftar) sepanjang Ramadan ini.
Program ni memang best sangat-sangat tau. Sebabnya, Maybank akan mengadakan majlis berbuka di beberapa cawangan Maybank terpilih di seluruh negara untuk meraikan komuniti setempat.
Berjalan sepanjang Ramadan, jadi korang kena la semak selalu media sosial Maybank nak tahu dimana lokasi program ini dijalankan nanti.
Fuhhhh, memang meriah habis Ramadan dan Syawal tahun ini dengan deretan-deretan program daripada Maybank. Sambil kita semua menyambut dua bulan mulia ini dengan penuh rasa gembira, sekurang-kurangnya kempen Kongsi Kebaikan Bersama ini tidak melupakan mereka yang tidak berkemampuan.
Maklumat lanjut mengenai kempen ini boleh diperolehi menerusi laman web, Facebook, Twitter dan Instagram Maybank.
Korang juga boleh muat turun aplikasi MAE disini:
Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.maybank2u.life&hl=en
Apple App Store: https://apps.apple.com/my/app/mae-by-maybank2u/id1481028763
Huawei App Gallery: https://appgallery.huawei.com/app/C104476551