Siakap Keli
Vin Diesel
Kredit Sinar Harian

Vin Diesel ‘Celup’ Jual Kunafa Di Bazar Ramadan Raih Perhatian Ramai

Vin Diesel ‘Celup’ Jual Kunafa Di Bazar Ramadan Raih Perhatian Ramai

Seorang peniaga kunafa yang mempunyai wajah mirip Vin Diesel menjadi tarikan pengunjung Bazaar Ramadan di Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda, lapor Sinar Harian.

Peniaga yang berpenampilan botak dan bertubuh sasa itu sekali lihat saling tidak tumpah seperti watak Dominic Toretto dalam filem Fast and Furious. Peniaga yang bernama Mohamed Ahmed Mahmoud Shokr, 39, merupakan peniaga barangan makanan dari Timur Tengah.

Berasal dari Mesir, lelaki itu difahamkan merupakan bapa tunggal kepada dua orang anak dan telah menetap di negara ini selama setahun.

Menurutnya, Ramadan kali ini merupakan pengalaman pertamanya meniaga di bazar tersebut.

Peminat Dominic Toretto

“Saya menonton kesemua filem aksi Fast and Furious dan sangat mengagumi bakat aktor Amerika Syarikat itu, tidak sangka pula ramai yang menyatakan wajah saya mirip pelakon terkenal tersebut sehingga tular di media sosial.

“Syukur dan gembira kerana saya merasakan itu juga antara rezeki saya berniaga di sini dan sepanjang berniaga di bazar Ramadan ini, kira-kira RM400 hingga RM600 hasil jualan kunafa dapat saya raih setiap hari,” katanya kepada Sinar Harian selepas ditemui di bazar berkenaan, petang semalam.

Tambah Mohamed Ahmed, kebanyakan pelanggan yang membeli kunafa berharga RM10 sekeping itu merupakan golongan wanita. Mereka juga dilaporkan sering memintanya untuk berswafoto bersamanya sebagai kenangan.

BACA: Ada 800 Kedai Pakaian, Ni Tempat Terbaik Korang Beli Baju Raya, Senang ‘Match’ Satu Keluarga

Selain berniaga, Mohamed Ahmed juga bekerja sebagai jurulatih ‘kick boxing’ di bandar raya tersebut.

Terdahulu, sebuah video berdurasi 14 saat yang memaparkan seorang lelaki botak dan bertubuh sasa telah tular di media sosial. Dalam video tersebut seorang lelaki yang memakai baju berkolar putih yang ketat sedang menjual kunafa di sebuah gerai di bazar berkenaan.

Baru-baru ini, selebriti tanah air Alif Satar membuat kejutan kepada orang ramai dengan bersua muka bersama ‘kembarnya’ yang sebelum ini tular di media sosial.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Alif Satar dilihat teruja ketika bertemu dengan gadis yang dikatakan sangat mirip dengan dirinya.

Penyanyi itu turut mengatakan gadis terbabit terlihat lebih mirip ‘Alif Satar’ berbanding dengan dirinya sendiri.

Dalam video tersebut, Alif Satar dengan mesra menyapa gadis itu dengan menghalakan kamera hadapan supaya muka mereka dipaparkan bersebelahan.

Sumber: Sinar Harian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.