Gelombang Haba Di Thailand, Suhu Terasa Seperti 50 Darjah Celcius
Pihak berkuasa Thailand telah mengeluarkan amaran kesihatan susulan fenomena gelombang haba mulai merebak ke beberapa wilayah.
Menurut Bangkok Post, suhu di daerah Bang Na di Bangkok diramal mencecah setinggi 50 darjah Celcius pada Khamis depan. Keadaan ini dipercayai berpunca daripada pelbagai faktor seperti kelembapan relatif, suhu udara dan kelajuan angin.
Dr Opas Karnkawinpong, Setiausaha Tetap Badan Kesihatan Awam berkata, haba yang berlebihan pada musim panas mampu memberikan kesan terhadap kesihatan orang awam.
Golongan seperti kanak-kanak, warga emas serta mereka yang menghidapi penyakit-penyakit kronik adalah yang paling berisiko dengan haba musim panas.
Selain itu, pekerja-pekerja yang berkerja di luar bangunan turut menghadapi risiko dehidrasi, yang berpunca dari pengeluaran peluh secara berlebihan dan keletihan haba.
BACA: Dah Bagi Duit Raya ‘Tebal’, Khairul Aming Siap Belanja Persiapan Raya Staf Lagi
Indeks haba dilaporkan bakal mencecah 40 darjah Celsius di beberapa kawasan pada Khamis depan.
Jabatan Meteorologi Thailand meramalkan suhu setinggi 40.6 darjah Celcius di Phetchabun, 41.5 darjah Celcius di Si Sa Ket, 49.4 darjah Celcius di Laem Chabang, Chon Buri dan 47.9 darjah Celcius di Phuket.
Bacaan suhu yang diambil bagi tujuan penyimpanan rekod itu diambil ketika berada di bawah kawasan berbumbung.
Walau bagaimanapun, indeks bacaan haba dapat mencecah 50 darjah Celcius dengan mudah, jika diambil di bawah cahaya matahari ketika cuaca panas.
Setakat ini, suhu tertinggi pernah dicatatkan di negara tersebut adalah 44.6 darjah Celcius di Mae Hong Son, Muang pada 28 April 2016.
Suhu berkenaan telah memecah rekod sebelumnya, 44.5 darjah Celcius di Uttaradit pada 27 April 1960.
Amalan untuk mejaga kesihatan ketika gelombang haba
Untuk makluman, bulan April biasanya bulan terpanas di Thailand. Dr Opas berkata, kebanyakan keadaan serius mungkin berlaku dalam keadaan tersebut seperti strok haba.
Hal ini disebabkan, individu tersebut terdedah pada haba yang tinggi untuk jangka masa yang lama.
Katanya, suhu 41 darjah Celcius dan ke atas berbahaya dan boleh mencetuskan kekejangan pada bahagian kaki, pinggan dan bahu, termasuklah strok haba.
Beliau menasihati orang ramai untuk mengambil air masak dengan kuantiti yang banyak. Orang ramai turut dinasihatkan agar kerap minum air tanpa perlu menunggu ‘rasa dahaga’ tiba.
Dalam pada itu, Dr Opas memberikan saranan untuk menjauhi minuman teh, minuman bergas dan minuman beralkohol. Orang ramai turut dinasihatkan agar mengurangkan waktu berada di luar rumah.
BACA: “Mung Sape?”, Pedas, UAI Tegur Sikap Netizen Suka Masuk Campur Urusan Tetapan Hari Raya
Sumber: Bangkok Post