Siakap Keli
uai solat jumaat
Kredit: Youtube UAI

“Jika Hari Raya Jumaat, Perlukah Solat Jumaat?” Ini Jawab UAI

“Jika Hari Raya Jumaat, Perlukah Solat Jumaat?” Ini Jawab UAI

Bulan Syawal merupakan bulan untuk umat Islam meraikan Hari Raya Aidilfitri selepas menjalani ibadah berpuasa selama 29 atau 30 hari, bergantung dengan kemunculan anak bulan.

Pelbagai persoalan yang timbul berkenaan dengan Hari Raya tahun ini. Salah satunya yang sering dibualkan adalah ramalan 1 Syawal yang dijangka akan awal sehari berbanding tarikh asalnya, iaitu 22 April pada Sabtu.

Susulan itu, desas-desus mengenai tarikh Hari Raya mula timbul antaranya, jika Hari Raya jatuh pada hari Jumaat, adakah umat Islam perlu mendirikan solat Jumaat atau sebaliknya?

UAI jelas persoalan tersebut

Kredit: Youtube UAI

Oleh hal yang demikian, pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus (UAI) menjelaskan kepada umum berhubung persoalan tersebut dalam salah satu ceramahnya pada Jumaat lalu.

Individu tersebut mengalami rasa kekeliruan sekiranya umat Islam menyambut Hari Raya pada hari Jumaat dan meminta penerangan daripada UAI.

“Hari raya jatuh pada hari Jumaat, saya keliru boleh sembahyang Zuhur sahaja dan tidak solat Jumaat?” kata soalan itu.

BACA: “Mung Sape?”, Pedas, UAI Tegur Sikap Netizen Suka Masuk Campur Urusan Tetapan Hari Raya

Ada yang wajib solat dan tidak wajib 

UAI kemudiannya menjelaskan jika 1 Syawal jatuh pada hari Jumaat, terdapat dua golongan yang wajib dan tidak wajib untuk melakukan solat Jumaat.

Jelasnya, bagi golongan yang tidak wajib ia adalah mereka yang tinggal jauh daripada masjid.

“Pagi dia berjalan kaki dari jauh datang nak sembahyang raya, kemudian balik ke kampung nak (menyambut) Hari Raya.

“Tengah hari mereka kena lagi berjalan kaki jauh (ke bandar), mereka digugurkan kewajipan,” ujarnya.

Ini kerana mereka telah datang dengan bersusah payah untuk melaksanakan solat sunat Hari Raya.

Manakala bagi golongan wajib untuk melakukan solat Jumaat ialah mereka yang mampu iaitu mempunyai kenderaan (berkemampuan) dan duduk dekat dengan masjid.

“Adapun kita yang duduk dengan bandar, dekat dengan masjid, mempunyai kereta mewah, tidak gugur solat Jumaat,” tambahnya.

Kisah zaman nabi

UAI kemudiannya sempat menyelitkan coretan mengenai kisah pada zaman nabi yang seakan-akan sama dengan soalan yang diberikan.

“Jadi zaman nabi dahulu ada yang duduk di kawasan pergunungan.

“Yang memerlukan mereka untuk berjalan kaki selama enam atau tujuh batu selepas waktu subuh kerana mahu sembahyang raya dengan Rasulullah S.A.W. di Madinah,” katanya lagi.

Difahamkan usai selesai solat Hari Raya, mereka kembali semula ke rumah mereka di pergunungan.

Setelah tibanya waktu solat Jumaat, mereka perlu berjalan kaki semula ke masjid namun Nabi Muhammad memberi kelonggaran, tidak perlu kembali untuk sembahyang Jumaat.

“Sekiranya mahu pergi juga untuk sembahyang, juga boleh. Ini kerana di tempat mereka, tidak mempunyai masjid.

“Jadi siapa yang duduk di Kota Bharu dengan berjalan kaki ke masjid, kemudian balik semula ke bukit (pedalaman), tidak wajib untuk kembali (solat) di Kota Bharu,” ujar UAI memberi contoh.

Untuk penjelasan lebih jelas boleh tonton video penerangan beliau di bawah:

Sumber: Ustaz Azhar Idrus/Facebook

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.