Siakap Keli
tips rumah subsale
Kredit: @mohdisajumain/TikTok

“Pertama Kena Tahu Lokasi…” Ini Tips Untuk Yang Pertama Kali Nak Beli Rumah Subsale

“Pertama Kena Tahu Lokasi…” Ini Tips Untuk Yang Pertama Kali Nak Beli Rumah Subsale

Rumah merupakan tempat perlindungan dan keperluan utama dalam kehidupan, sama ada orang ramai membeli rumah tersebut atau menyewa kerana secara asasnya ia tetap rumah.

Di dunia ini, pendapat setiap orang adalah berbeza, ada yang mahu membeli rumah baharu dan ada juga yang hendak membeli rumah subsale atau lebih dikenali sebagai ‘second’.

Ia bergantung kepada kewangan, pendapat dan tujuan masing-masing kerana dalam hal ini, tiada betul dan tiada yang salah.

Bagi mereka yang mahu membeli rumah second, seorang perunding hartanah Mohd Isa Jumain ada berkongsi petua dan cara berhubung perkara itu di TikTok.

Pastinya buat yang pertama kali mahu beli, akan berasa gusar kerana tiada bimbingan.

Oleh itu, Mohd Isa (@mohdisajumain) menggariskan beberapa perkara yang boleh diikuti.

BACA: “Jangan Pernah Berputus Asa,” Wanita Kongsi Kisah Perit Jerih Berjaya Lunaskan Hutang Rumah Awal Dari Tempoh “Loan”

Tips dan cara beli rumah second 

“Pertama kena sasarkan lokasi rumah yang dikehendaki oleh kerana rumah seperti ini boleh didapati di mana-mana kawasan,” katanya.

Dalam pada itu, dia turut berkata perkara yang perlu dititikberatkan semasa pembelian adalah berkenaan dengan keadaan rumah.

“Pembeli mesti mencari rumah second yang berada dalam keadaan baik. Sekiranya rumah tersebut telah melakukan pengubahsuaian, itu lagi terbaik.

“Ketiga, pembeli harus melihat harga yang ditawarkan kerana rumah subsale perlu berada di bawah nilai pasaran,” tambahnya.

Kredit: @mohdisajumain/TikTok

Jika mahu membeli rumah di atas nilai pasaran, adalah digalakkan untuk memilih rumah baharu kerana ia berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Seterusnya, pembeli tidak dinasihatkan untuk terlampau memilih semasa dalam proses pembelian.

Walaupun segala aspek perlu diambil berat namun jika telah menemui rumah yang selaras dengan harga dan tiada masalah dalaman, maka tanpa membuang masa segeralah membuat tempahan.

“Kalau sudah membuat pembelian, ia bergantung kepada pemilik jika mahu menyewa atau sebaliknya, ia bergantung kepada kehendak sendiri.

“Sebagai contoh, bajet tidak mencukupi untuk membayar bulanan kepada pihak bank, pembeli boleh mengambil tindakan dengan menyewakan rumah terbabit, tiada masalah,” ujarnya.

Tambahnya, sedikit sebanyak perkara itu membantu membayar wang penambahan dalam kos penyelenggaraan.

Video penuh boleh dilihat di bawah ini. Semoga bermanfaat.

@mohdisajumain

Teknik ringkas untuk yang pertama kali nak beli rumah subsale (second) #hartanahjohor #hartanah #hartanahjualbeli #fyp #fypシ゚viral #fypシ #rumahidaman #foryoupage #perundinghartanah #pelaburanhartanah #hartanahbumiputera #hartanahsubsale

♬ Dj Terompet Pemersatu Bangsa – PAMOKHOL ID

Sumber: @mohdisajumain/TikTok

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.