Siakap Keli
ubah widget iphone
Kredit: Facebook Muhammad Heidie Ridzuan

Tutorial Ubah Widget iPhone Guna Widgy, Lagi Kemas & Menarik

Tutorial Cara Nak Ubah Widget iPhone Guna Widgy, Jadi Lagi Menarik & ‘Lain’

Kalau anda perasaan, pengguna iPhone selalunya sering menggunakan theme yang sama, kan? Daripada home creen sampailah lock screen, ramai pengguna iPhone ini menggunakan tema ataupun latar belakang yang bersifat default. 

Paling-paling pun berbeza gambar latar belakang (background) sahaja. Jika dibandingkan dengan Android, rata-rata penggunanya menggunakan theme yang berbeza, mengikut citarasa masing-masing.

Anda tahu apa sebabnya? Ini kerana sistem pengoperasian Android bersifat open source. Oleh itu, sistem tersebut menawarkan lebih banyak kebebasan dan pilihan untuk ‘menghias’ antara muka perantinya berbanding peranti iOS.

Sebagai contoh, jika anda sudah bosan dengan reka bentuk home screen anda, anda boleh mengubah bermula daripada saiz ikon kepada bentuk hinggalah warnanya.

Tidak cukup dengan itu, pengguna Android juga boleh memuat turun launcher daripada pihak ketiga, pek font termasuklah nada pemanggil anda.

Walaupun pengguna Android dilihat memiliki ‘kebebasan’ dalam meluahkan kreativiti masing-masing, sistem iOS pada masa kini juga tidak kurang hebatnya.

Sejak kebelakangan ini, Apple telah menaik taraf sistem pegoperasiannya dalam memberikan pilihan rekaan seperti menambah widget dan sebagainya.

Selain menjadikan antara muka telefon anda nampak kemas, widget turut membantu penggunanya untuk melihat ringkasan maklumat penting dalam sekilas pandang sahaja.

Fitur widget ini sangat digemari pengguna iOS , khususnya bagi individu yang sibuk. Bagi meraikan fitur ini untuk menjadikannya lebih menarik, seorang pengguna Facebook (Muhammad Heidie Ridzuan) berkongsi cara untuk mereka Widget anda sendiri pada peranti iPhone dengan menggunakan aplikasi Widgy.

Cara ubah widget untuk iPhone

BACA: Sempena Ramadan, Ini Cara Tambah Kalendar Hijrah Di Iphone

1. Buka App Store pada telefon pintar masing-masing. Taip Widgy seperti dalam gambar ini dan install.

widgy iphone widget
Kredit: Facebook Muhammad Heidie Ridzuan

2. Begini rupa ikon bagi aplikasi Widgy.

Kredit: Facebook Muhammad Heidie Ridzuan

3. Buka aplikasi Widgy yang baru dimuat turun sebentar tadi. Kemudian, klik ‘Explore’ dan ‘Sort’.

wigdet widgy iphone
Kredit: Facebook Muhammad Heidie Ridzuan

4.  Pastikan anda tandakan tick seperti dalam gambar di bawah.

Kredit: Facebook Muhammad Heidie Ridzuan

5. Teruskan menatal skrin telefon pintar sehingga menjumpai rekaan widget yang anda suka. Seterusya, klik widget tersebut dan ia akan menjadi seperti ini.

widget iphone widgy
Kredit: Facebook Muhammad Heidie Ridzuan

Kemudian, teka ‘Import’.

6. Klik pada bahagian ‘Dismiss’.

Kredit: Facebook Muhammad Heidie Ridzuan

7. Sekarang, tekan pada pilihan ‘Manage’ dan klik pada pilihan ‘Slot large #1’

Kredit: Facebook Muhammad Heidie Ridzuan

8. Tekan widget yang baru diimport sebentar tadi.

Kredit: Facebook Muhammad Heidie Ridzuan

9. Klik pada bahagian yang ditunjukkan pada anak panah berwarna merah dalam gambar di bawah. Dengan ini, selesai langkah pertama.

Kredit: Facebook Muhammad Heidie Ridzuan

10. Jika ada mahu menambah widget tadi ke dalam home screen, tekan dengan lama (hold) pada bahagian home screen dan klik pada simbol tambah ( + ) .

Kredit: Facebook Muhammad Heidie Ridzuan

11. Tatal skrin anda sehingga jumpa pilihan ‘Widgy’

Kredit: Facebook Muhammad Heidie Ridzuan

12. Slaid sampai jumpa ‘Slot large #1’ dan klik pada ‘Add widget’

Kredit: Facebook Muhammad Heidie Ridzuan

13. Selesai. Akan tetapi, bagaimana cara untuk mengubah latar belakang widget agar menjadi transparent? Slaid ke bawah.

Kredit: Facebook Muhammad Heidie Ridzuan

14. Buka semula aplikasi Widgy, tekan ‘Manage‘ dan klik pada ‘Set transparent background‘.

Kredit: Facebook Muhammad Heidie Ridzuan

15. Tekan home screen lama-lama, slaid dan screenshot pada ruangan home screen yang bebas daripada apa-apa aplikasi seperti gambar di bawah.

Kredit: Facebook Muhammad Heidie Ridzuan
16. PENTING

Pada bahagian ini, terdapat dua pilihan, sama ada light mode dan dark mode.

Screenshot pada home screen telefon anda, sama ada dalam keadaan light dan dark mode atau kedua-duanya sekali.

Untuk makluman, setiap mode memerlukan screenshot yang berlainan. Seperti Heidie, beliau hanya menggunakan dark mode sahaja, maka satu screenshot diperlukan iaitu ketika home screen dalam keadaan dark mode sahaja.

ubah widget iphone
Kredit: Facebook Muhammad Heidie Ridzuan

Klik ‘Add wallpaper‘ pada belah kiri, jika anda menggunakan dark mode. Pilih wallpaper yang ditangkap layar pada home screen  sebentar tadi.

17. Tekan ‘Update permission‘.

ubah widget iphone
Kredit: Facebook Muhammad Heidie Ridzuan

18. Antara muka telefon anda akan jadi seperti dalam gambar ini. Klik pada bahagian yang ditunjukkan pada anak panah berwarna merah.

ubah widget iphone
Kredit: Facebook Muhammad Heidie Ridzuan

19. Kembali pada home screen dan widget rekaan ada sudah berada pada antara muka telefon. Anda sekarang boleh menikmati rekaan baharu pada home screen iPhone anda.

ubah widget iphone
Kredit: Facebook Muhammad Heidie Ridzuan

Selain iPhone, boleh guna Widgy untuk ubah widget peranti Apple yang lain

Menurut Make Use Of, selain iPhone, anda juga boleh mereka widget melalui Widgy pada peranti Apple yang lain seperti iPad.

Walau bagaimanapun, jika anda ingin membuat rekaan widget yang lebih kompleks, anda perlu menonton beberapa tutorial terlebih dahulu.

Lagi-lagi jika rekaan ada menggunakan beberapa perisian lai seperti Photoshop, Procreate atau Adobe Illustrator.

BACA: “Sold Out” Terpantas, 13,000 Botol Sambal Nyet Terjual Dalam Masa 2 Minit

Sumber: Muhammad Heidie Ridzuan via Facebook Make Use Of

 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.