Ingatkan Sakit Perut Biasa, Wanita Tak Tahu Dirinya Mengandung Selamat Lahirkan Bayi Dalam Tandas
Seorang wanita di Georgia, Amerika Syarikat yang menyangkakan bahawa dia hanya mengalami sakit perut biasa dilaporkan terkejut selepas berjaya melahirkan bayi ketika hendak membuang di dalam tandas, lapor New York Post.
“Saya melihat ke bawah dan bayi saya berada di sana dengan air di paras telinganya. Dia hanya memandang ke arah saya,” kata Marla McEntire, 34 tahun.
Marla yang mempunyai ketinggian lima kaki dan berat 160 paun tidak menunjukkan sebarang tanda sedang mengandung dalam selama sembilan bulan kehamilannya itu.
“Saya hanya kelihatan seperti kekenyangan makan burrito besar. Jika anda melihat saiz saya dan cara saya seperti tidak mengandung. Sungguh menakjubkan bagaimana bayi itu boleh berada di sana dan saya tidak mengetahuinya,” kata Marla lagi.
Sebelum ini, Marla pernah mengesyaki bahawa dia sedang hamil apabila dia tidak datang haid pada bulan Ogos tahun lalu.
Namun sewaktu ujian kehamilan dilakukan, ia menunjukkan keputusan negatif.
“Saya meneruskan kehidupan saya seperti biasa,” kata Marla yang haidnya kembali teratur selepas kejadian itu.
Menurut Marla, sepanjang kehamilannya dia tidak merasakan sebarang tendangan atau apa-apa yang dilakukan bayi tersebut di dalam perutnya.
Kehamilan Marla juga didakwa tidak dapat dikesan oleh doktor yang merawatnya semasa sedang mengalami sakit perut pada bulan Januari lalu.
Doktor mendakwa bahawa kesakitan itu mungkin disebabkan oleh pundi hempedunya yang dikeluarkan pada usia 23 tahun, yang sering menyebabkannya sembelit.
Wanita itu menangis dan menjerit kesakitan
Sementara itu, ayah Marla Kevin yang baru sahaja pulang dari percutian empat hari lalu mendapati anak perempuannya sedang menangis dan menjerit kesakitan.
“Setiap 20 minit saya mendengar dia menjerit dalam kesakitan. Namun pada masa itu kami tidak tahu ia sakit disebabkan apa, sekarang saya tahu bahawa ia adalah kontraksi,” kata Kevin.
Lahirkan bayi dalam tandas
Tambah Marla, dia kemudiannya telah meneran dengan sangat kuat dan akhirnya seorang bayi pun keluar.
“Ya Tuhan. Ayah ini seorang bayi! Saya takut mati. Saya terperanjat,” teriak Marla kepada Kevin.
Sebelum menelefon talian 911, Kevin membawa keluar cucunya dari tandas lalu membersihkan saluran pernafasan bayi itu supaya boleh bernafas.

Selang 20 minit, ambulans kemudiannya tiba ke lokasi kejadian. Keluarga itu berasa lega apabila doktor memberitahu mereka bahawa bayi berada dalam keadaan sihat, begitu juga dengan Marla.
Marla mendakwa bahawa dia telah mengambil pil kawalan kelahiran sejak berumur 18 tahun lagi.
Walaupun rakan-rakan dan keluarganya gelisah apabila mendengar berita tersebut, namun semua orang di sekelilingnya telah menunjukkan kasih sayang dan sokongan mereka kepada Marla dan juga bayinya.
@marla_mactastic Yall ever seen that TV Show “I didnt know I was pregnant”? Yeah…I lived that. #fyp #foryoupage #foryourpage #ididntknowiwaspregnant #putafibgerdownchallenge #putafingerdown #newmom
Sumber: New York Post