Makhluk Misteri Setinggi 7 Kaki Kejar Seekor Anjing Dalam Hutan Berjaya Dirakam
Tular Kelibat Makhluk Misteri Setinggi 7 Kaki Kejar Anjing Dalam Hutan Cetus Tanda Tanya
Kelibat makhluk misteri berwarna hitam setinggi tujuh kaki berjaya dirakam oleh seorang penduduk di dalam sebuah hutan ketika sedang mengejar anjing peliharaannya.
Memetik River City Post, cerita berkenaan makhluk hitam itu berlegar di sebuah hutan pernah menjadi bualan hangat penduduk.
Namun mereka tidak mempercayainya kerana tidak pernah melihat dengan jelas kewujudan makhluk tersebut.
Penduduk yakin bahawa, cerita berkenaan kewujudan makhluk itu adalah rekaan semata.
Mereka percaya, ada orang yang membuat cerita hanya untuk menakutkan anak-anak muda dari pergi ke hutan tersebut.
Namun ada sebuah kisah yang akhirnya meyakinkan penduduk kampung bahawa terdapat makhluk yang lain dalam hutan berkenaan.
Kisah dimana pemburu babi hutan yang ditemui pucat lesi selepas pulang memburu dari dalam hutan tersebut.
Peristiwa itu telah menyedarkan penduduk bahawa terdapat kewujudan makhluk lain di dalam hutan berkenaan.
Lantas penduduk yang tertanya-tanya tentang keberadaan makhluk itu akhirnya mula untuk menyiasat.
Seorang penduduk akhirnya mula untuk menyiasat
Seorang lelaki muda telah memutuskan untuk pergi ke hutan untuk menyiasat dakwaan tersebut.
Lelaki itu hanya menganggap bahawa ia merupakan seekor beruang yang besar.
Lelaki itu pergi ke hutan tersebut bersama dengan anjing peliharaannya. Anjing dikatakan mempunyai hidung yang sensitif untuk menghidu sebarang bau yang mengancam.
Anjing terbabit telah berjalan di sekitar hutan menghidu bau yang menarik perhatiannya sambil pemiliknya mengikuti dengan membawa kamera.

Namun tidak lama kemudian, anjing itu seperti terpaku apabila melihat kehadiran makhluk misteri di dalam hutan berkenaan.
Walaupun dalam keadaan ketakutan, anjing tersebut masih tetap menyalak untuk memberi amaran kepada makhluk itu.

Malangnya, salakan anjing itu tidak memberi kesan kepada makhluk itu, sebaliknya dia mula bertindak mengejar anjing berkenaan.

Video rakaman tersebut telah membuktikan kepada penduduk berkenaan kewujudan makhluk yang menakutkan dalam hutan tersebut.
Ianya turut menjadi tular di media sosial dengan memperolehi sebanyak 25 ribu tontonan.
A Bone Chilling Video Captures A #Mystery 7ft Beast Chasing A #Dog In The Woods. Teams of #Scientists and #Animalologist can't figure out what this is yet.#animal pic.twitter.com/TEuxcPjHMy
— Fight Haven (@FightHaven) October 17, 2021
Sumber: River City Post