Lelaki Menang Cabutan Bertuah, Dapat Hadiah Cuti Bergaji Selama Setahun Dari “Company”
Seorang lelaki yang bekerja di sebuah syarikat di Shenzhen, China berjaya memenangi cabutan bertuah berupa cuti bergaji selama 365 hari ketika majlis makan malam anjuran syarikat tersebut diadakan.
Video kemenangan cabutan bertuah lelaki tersebut telah dikongsikan di laman Weibo dengan penerangan ringkas tentang apa yang berlaku.
Video tersebut menunjukkan lelaki berkenaan memegang cek kadbod besar tertera perkataan “cuti bergaji 365 hari” di atasnya.
Lelaki itu dilaporkan memegang jawatan sebagai pengurus sewaktu memenangi hadiah itu.
Memandangkan majlis makan malam tahunan syarikat sudah tiga tahun tidak diadakan, acara itu kembali diadakan sebagai cara untuk menghilangkan tekanan para pekerja.
Majlis makan malam itu hanya menyediakan satu hadiah utama iaitu hadiah percutian berbayar tahunan, manakala hadiah bagi cabutan bertuah yang lain hanya berupa hadiah yang biasa.
Seorang wanita yang menerangkan berkenaan video itu menjelaskan bahawa syarikat terbabit akan memberikan dua pilihan kepada pemenang.
Pilihan yang pertama terima bayaran penuh secara tunai manakala pilihan kedua pula gunakan tawaran tersebut.
Kemenangan itu sangat mengejutkan sehingga ia sukar untuk dipercayai oleh pekerja yang hadir pada malam tersebut.
Pemenang berkali-kali mempersoalkan sama ada hadiah tersebut adalah benar atau tidak. Bos syarikat tersebut turut terkejut dengan kemenangan lelaki berkenaan.
Lelaki itu sering diperlukan untuk keluar kawasan
Media di China melaporkan bahawa peranan lelaki itu dalam syarikat tersebut memerlukan dia pergi keluar kawasan.
Terdapat komen yang mengatakan bahawa lelaki itu boleh digantikan jika dia tidak muncul selama setahun. Manakala komen yang lain pula mencadangkan agar lelaki tersebut mendapatkan wang tunai separuh daripada 365 hari berkenaan, kemudian separuh lagi dihabiskan untuk bercuti.
Terdahulu, seorang majikan di China dipuji kerana tetap membayar gaji pekerjanya yang meninggal dunia pada tiga tahun lepas bagi membantu meringankan beban keluarga bekas pekerjanya itu.
Mangsa yang berusia 51 tahun itu mempunyai seorang isteri dan dua orang anak perempuan yang masih bersekolah.
Wang Feng memberitahu pemberita bahawa pada Mac 2020, syarikat tempat dia bekerja mengalami masalah kekurangan pekerja selepas penyebaran wabak tersebut.
Sumber: Mothership