Seorang pemandu lori 5 tan tercampak keluar daripada kenderaan selepas terlibat dalam satu kemalangan. Kemalangan berlaku di KM68.3, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan.
Laporan daripada laman Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyatakan, seramai 9 anggota digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.
Menurut Komander Operasi, PBK II, Shoromi bin Salih, kemalangan itu melibatkan tiga buah kenderaan termasuk lori jenis Scania, lori Isuzu 5 tan dan kereta jenis Honda Civic.
Pemandu lori 5 tan yang berusia 35 tahun tercampak keluar dari kenderaannya dan jatuh ke bawah jambatan. Ketika pihak bomba tiba, mangsa telah pun meninggal dunia. Manakala, mangsa lain terselamat.
Anggota Bomba bertindak menjalankan kerja-kerja penyelamatan untuk membawa naik mangsa ke atas dengan menggunakan stretcher board. Namun mangsa disahkan telah meninggal dunia sebelum pihak Bomba tiba di lokasi.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjut. Setelah selesai dan memastikan keadaan benar selamat, operasi ditamatkan pada jam 3.28 pagi.
https://www.facebook.com/KorporatJBPM/posts/pfbid07HTaLzF5CFqaqHzNKk9oj8RUVV35J1do4AVXfMG4anZzQk747hymLsXMTUkUUxyGl
Video ketika kejadian berjaya dirakam oleh seorang pemandu lori yang pada awalnya cuba mengalihkan tayar yang disyaki menjadi punca kemalangan.
Dalam video itu menunjukkan, lori buah 5 tan sudah tersadai di tepi jambatan, sebelum ada sebuah lori Scania merempuh bahagian belakang lori terbabit.
Keadaan gelap di lebuhraya tersebut menyukarkan pemandu untuk melihat halangan atau bendasing yang ada di tengah jalan. Perakam video sayu apabila tidak sempat mengalihkan tayar sebelum kemalangan berlaku.
https://www.facebook.com/siakapkeli/videos/564620472170576/
Sumber: BOMBA