Siakap Keli
MUTSUGARO MENINGGAL DUNIA
SUMBER BBC

Pengarah Filem “The Adventures Of Milo And Otis” Meninggal Dunia

Pengarah Filem “The Adventures Of Milo And Otis” Meninggal Dunia

Ahli zoologi dan pengarah filem terkenal, Masanori Hata dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 87 tahun.

Mendiang sebelum ini mencipta nama menerusi filem arahannya, The Adventures of Milo and Otis, iaitu sebuah filem klasik 80-an. Filem berkenaan mengisahkan tentang persahabatan luar biasa antara anak kucing dan anak anjing.

Menurut laporan BBC, mendiang tinggal di sebuah ladang di Hokaido, utara Jepun bersama isteri dan beberapa haiwan perliharaan. Antaranya adalah beruang, kuda dan anjing daripada pelbagai saiz dan baka.

Disebabkan cintakan kepada haiwan, lokasi kediamannya yang mendapat jolokan ‘Kerajaan Haiwan’ dinamakan dengan namanya sendiri, Mutsugoro. Ia adalah perkataan Jepun yang bermaksud ikan lumpur.

Malah, kediamannya itu merupakan lokasi penggambaran utama filem berkenaan yang mengangkat prestij namanya. Filem tersebut muncul sebagai antara filem yang paling mendapat sambutan kanak-kanak ketika ia ditayangkan.

Mendiang juga dianggap sebagai permata Hokaido sehinggakan pentadbiran wilayah tersebut turut mendedikasikan namanya dalam laman sesawang kerajaan wilayah itu. Mendiang digambarkan sebagai seseorang yang memiliki sepasang mata yang bersinar dengan kebijaksanaan dan kebaikan.

Di penghujung usianya, Mutsugoro banyak menghabiskan masa dengan menyampaikan nasihat berkenaan haiwan menerusi saluran Youtube. Manakala di Instagram pula, pengikutnya dapat melihat pelbagai koleksi peribadi beliau berinteraksi dengan pelbagai jenis haiwan.

Latar Belakang Mutsugoro Hata

Mutsugoro Hata dilahirkan di bandar Fukuoka di barat daya Jepun. Beliau memperoleh Ijazah dalam bidang fisiologi haiwan di Universiti Tokyo sebelum menyertai Gakken, sebuah firma yang menerbitkan filem pendidikan.

Menurut Mainichi Shimbun, bersama Gakken mendiang secara keseluruhan telah menerbitkan 20 dokumentari.

Selain itu, beliau juga pernah memenangi Anugerah Kelab Essayist Jepun pada tahun 1968, menerusi sebuah buku terjemahan bahasa Inggeris bertajuk We Animals Are All Brothers.

Seterusnya, pada tahun 1977 beliau sekali lagi menerima anugerah berprestij, Kikuchi Kan di atas sumbangannya dalam bidang kesusasteraan Jepun.

BACA: Lelaki Mengaku Bersalah 32 Pertuduhan Termasuk Rogol Anak Tiri Sejak Tiga Tahun Lalu

BACA: Bicara Kes Saman Ahmad Zahid Terhadap Muhyiddin Bermula 16 Okt Ini

Sumber: BBC 

Mohd Raimi Ismail

peace on earth

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.