Siakap Keli
port usb tempat awam
Gambar: AFP

Waspada, Elak Guna “Port” USB Di Tempat Awam – FBI

Waspada, Elak Guna “Port” USB Di Tempat Awam – FBI

NEW YORK– Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) telah memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mengecas telefon menggunakan port USB di tempat awam.

Memetik laporan CNN, ia sebagai langkah untuk mengelakkan sesebuah peranti terdedah kepada sebarang perisian hasad atau digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menerusi kenyataan di Twitter, FBI berkata antara tempat awam yang berisiko adalah di pusat membeli-belah dan lapangan terbang.

“Bawa pengecas dan kabel USB anda sendiri dan gunakan soket elektrik untuk mengecas,” kata agensi itu dalam ciapan tersebut.

BACA: Dakwa Nak Jimat Kos Minyak, Kisah Kanak-Kanak Tunggang Gajah Tiap Hari Ke Sekolah Tular

Sebelum ini, pakar keselamatan juga telah beberapa kali memberikan amaran mengenai perkara tersebut.

Pada 2011, para penyelidik telah mencipta istilah  juice jacking untuk menggambarkan masalah itu.

Bekas pegawai di Firma Authentic 8, Drew Paik menjelaskan bahawa ia boleh berlaku dengan sangat mudah dan pantas sehingga menjejaskan semua data pengguna.

Menurutnya lagi, penggodam juga dengan mudah boleh mengakses semua maklumat pengguna termasuk e-mel, mesej teks, gambar dan kenalan.

Peringatan  Dikeluarkan Oleh Pihak Berkuasa

Sementara itu, pegawai hal ehwal awam di cawangan Denver FBI berkata ia adalah peringatan umum untuk orang ramai di Amerika Syarikat untuk kekal selamat terutamanya apabila berada di tempat awam.

“FBI kerap memberikan peringatan dan pengumuman keselamatan kepada orang awam,” katanya.

Selain itu, Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan turut mengemas kini catatan blog mereka pada Selasa dengan memberi mengenai perkara tersebut.

“Dalam sesetengah kes, penjenayah mungkin sengaja meletakkan kabel untuk digunakan oleh orang ramai.

“Malah terdapat laporan mengenai kabel yang diberikan sebagai hadiah promosi,” katanya.

Terdahulu, operasi di sebuah hospital di India dilaporkan lumpuh selepas menghadapi serangan siber.

Sistem atas talian hospital terbabit dipercaya telah digodam sehingga menyebabkan data-data pesakit hilang.

Tidak cuma itu, kakitangan perubatan juga tidak dapat mengakses laporan pesakit kerana makmal penyimpanan data dan rekod mereka telah digodam dan rosak.

Bagaimanapun, ia dapat dipulihkan semula selepas dua minggu.

BACA JUGA: Terjun Bawa Proton Wira, Ini Kisah ‘Misi Khas’ Tentera Malaysia Di Kutub Utara Ramai Tak Tahu

Sumber: CNN News 

Ezzatul Syafiqah