Siakap Keli
kepentingan ilmu falak
Kredit: Bernama

Bukan Sekadar Tentukan Puasa & Raya, Kepentingan Ilmu Falak Lebih Dari Itu

Bukan Sekadar Tentukan Puasa & Raya, Kepentingan Ilmu Falak Lebih Dari Itu

Tahukah anda, ilmu falak atau dikenali sebagai astronomi tidak terhad terhadap penentuan tarikh puasa atau hari raya semata-mata?

Menurut Profesor Kehormat Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Datuk Prof Mohd Zambri Mohd Zainuddin, terdapat pelbagai kepentingan ilmu falak yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan manusia.

Jelasnya, tiga bidang dalam ilmu falak telah digunakan dalam pelbagai aspek termasuk sains angkasa sejak permulaan tamadun Islam lagi.

Tiga bidang ilmu falak itu adalah astrometri (kedudukan objek samawi di langit), fotometri (kecerahan, suhu dan saiz bintang) dan spektroskopi (bahan kimia yang ada dalam bintang, galaksi dan sebagainya).

Tanpa disedari, kebanyakan ibadah harian telah menggunakan ilmu falak dalam  penentuan waktu solat.

“Sebagai contoh, cari atau ukur kecerahan untuk tentukan waktu solat Subuh, Maghrib dan Isyak, itu dipanggil fotometri, cuma kita tidak uar-uarkan.

“Perkembangan astronomi atau falak di Malaysia, saya bersyukur kerajaan sangat prihatin dan mewujudkan Agensi Angkasa Negara. Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) pun memainkan peranan yang penting, begitu juga jabatan mufti, malah ada jabatan mufti yang mempunyai balai cerap sendiri,” ujarnya ketika ditemubal Astro Awani.

Fungsi ilmu falak yang tidak ramai ketahui secara langsung

Lebih menarik, pengetahuan ilmu falak dapat meramal bencana alam, walaupun secara tidak langsung.

“Pada zaman dahulu, penduduk di lembah Sungai Nil tahu bila banjir akan berlaku, apabila nampak bintang syira atau sirius dalam bahasa Inggeris, jadi mereka tahu kawasan itu akan banjir.

Selain bencana alam, ilmu falak turut membantu para penggiat industri pertanian dan perikanan untuk mendapatkan hasil secara maksimum.

“Nak menanam padi, tunggu waktu berangin. Nelayan, mereka ini tak pandai ilmu falak tapi mereka belajar dari pengalaman.

“Saya tanya nelayan, macam mana nak tentukan hari ini ikan apa, mereka kata ikut bulan Melayu. Itu bulan Islamlah. Ini semua berkaitan dengan fasa bulan,” katanya ketika muncul sebagai tetamu program AWANI Pagi, pada Sabtu.

Selain itu, beliau turut berkongsi beberapa tokoh-tokoh Islam yang mahir dalam ilmu falak seperti al-Biruni dan al-Khwarizmi.

Kata beliau, kebanyakan pakar ilmu falak adalah pakar matematik. Hal ini disebabkan, ilmu falak memiliki hubungan yang rapat dengan pengiraan trigonometri dan algebra.

Sebagai contoh, al-Khwarizmi membuat pengiraan tepat tentang kedudukan anak bulan. Beliau turut meletakkan kriteria untuk melihat anak bulan, iaitu sekurang-kurangnya jarak lengkung pusat bulan ke pusat matahari mesti melebihi 12 darjah.

BACA: “Mung Sape?”, Pedas, UAI Tegur Sikap Netizen Suka Masuk Campur Urusan Tetapan Hari Raya

Sumber: Astro Awani

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma