Kuala Lumpur, 17 April 2023: COURTS (Malaysia) Sdn Bhd (subsidiari kepada NOJIMA Corporation, Japan) telah berganding bahu dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), untuk memperkenalkan beberapa siri inisiatif Rahmah pada musim perayaan ini pada 14 April lalu.
Semasa YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub melawat COURTS bagi meninjau inisiatif Program Payung RAHMAH, beliau telah merakamkan penghargaan selepas melihat barangan dan tawaran tersebut, terutama untuk program ini. YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub mengucapkan terima kasih kepada COURTS Malaysia untuk menerajui industri runcit elektronik dan secara rasminya mengumumkan COURTS Malaysia adalah sebahagian Program Payung RAHMAH untuk menyokong rakyat pada musim perayaan ini.
Sambil mengiktiraf inisiatif tersebut, YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub mengimbau kembali “Televisyen berwarna pertama saya pada tahun 1992 adalah dari COURTS Batu Pahat” yang menyuarakan sentimen semua yang hadir.
Sepanjang tempoh program berlangsung dari 8 April hingga 30 April 2023, kesemua cawangan-cawangan COURTS dan Nojima juga menawarkan belian dengan belian (PWP) RM5 untuk produk bernilai sebanyak RM300, pelan ansuran mudah pada RM50 sebulan untuk barangan peti sejuk dan mesin basuh berkapasiti besar, Mata Ganjaran HomeClub tambahan untuk ahli dan banyak lagi termasuk Promosi Kredit dengan kadar ansuran sangat rendah dengan diskaun yang besar untuk barangan terpilih.
Tawaran produk pada harga RM5 yang disusun khas untuk inisiatif Jualan RAHMAH, adalah mana-mana produk pada harga sehingga RM25, boleh dibeli dengan harga RM5 sahaja di semua cawangan COURTS dan Nojima di seluruh negara. Kualiti barangan di bawah inisiatif RAHMAH dijamin oleh COURTS.
Inisiatif sebegini mempamerkan komitmen COURTS untuk memainkan peranan mereka dalam menyokong Program Payung RAHMAH kerajaan, khususnya semasa orang ramai dicabar dengan peningkatan kos sara hidup.
Harry Higashiura, Ketua Pegawai Eksekutif COURTS Malaysia turut mengatakan bahawa Program Payung RAHMAH adalah sejajar dengan dasar pemikiran pemilik COURTS “Menyumbang Kepada Masyarakat dan Pelanggan”
YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub dan pasukan KPDN menyokong inisiatif pemberian Bubur Lambuk COURTS Malaysia dengan menghulurkan tangan mereka bersama pasukan COURTS Malaysia untuk memasak dan kemudiannya mengedarkan kepada orang ramai dan petugas barisan hadapan.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) juga menyertai inisiatif Bubur Lambuk dan bekerjasama menyediakan, memasak dan kemudiannya diagihkan kepada rakyat.
Aktiviti itu dijalankan serentak di kebanyakan cawangan COURTS di seluruh negara. Lebih 3,000 kontena makanan Bubur Lambuk telah diagihkan kepada semua rakyat untuk dikongsi bersama keluarga.
COURTS Malaysia sedang berusaha untuk memeriahkan musim Raya dengan lebih tawaran istimewa dibawah Payung RAHMAH program untuk membawa pulang barangan Perabot, Digital dan Elektrik inspirasi.