Siakap Keli

VIDA Malaysia Menyerikan Aidilfitri 2023 Dengan Tajaan Dua Lagu Raya Baharu Bersama Artis Tempatan Terkenal & Jelajah ‘Marilah Pulang’

KUALA LUMPUR, 12 APRIL 2023 — Sempena Raya Aidilfitri 2023, pengeluar minuman tempatan VIDA  Malaysia membawakan sambutan perayaan Aidilfitri yang lebih meriah tahun ini dengan tajaan dua  lagu raya baharu bersama artis-artis tempatan popular – “Jombalika” hasil kolaborasi bersama RUSA  Music nyanyian FLOOR 88, serta “Pulang Beraya” oleh XENO Entertainment yang menampilkan  BabyShima, Nanasheme, XONE, A’sad Motawh, Alyssa Dezek dan Amir Jahari. 

Acara di SkyArk Avenue dihangatkan dengan persembahan langsung Jombalika dan Pulang Beraya,  serta pengumuman lawatan “Jelajah Marilah Pulang”. Lawatan ini menampilkan persembahan serta  sesi temu bersama 13 artis popular di iOi City Mall Putrajaya, City Square Johor Bahru, Mydin MITC, dan  Kuantan Parade. VIDA Malaysia menjemput semua peminat untuk datang dan memeriahkan lagi  sambutan Aidilfitri kali ini bersama artis-artis kegemaran mereka dari 16 April hingga 13 May, 2023. 

Jombalika dan Pulang Beraya merupakan kolaborasi lagu raya pertama artis tempatan bersama VIDA  Malaysia. “Jombalika adalah singkatan untuk ‘Jom Balik Kampung’ dan ianya diinspirasikan oleh  perjalanan secara besar-besaran semasa semua musim perayaan. Kerana pada masa inilah, semua  orang akan pulang ke kampung halaman mereka,” kata FLOOR88. “Sebagai penggemar minuman VIDA,  kami sangat berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada kempen Raya mereka tahun ini!  Kami juga turut gembira kerana dengan kolaborasi ini, kami diberikan peluang dan kebebasan untuk  meningkatkan kreativiti kami dalam menghasilkan lagu serta muzik video ini.”  

“Raya tahun ini boleh dianggap raya yang lengkap selepas semuanya kembali normal, dimana semua  orang boleh balik beraya di kampung bersama yang tersayang. Lagu ini diinspirasikan daripada lagu  tradisional ‘Geylang Sipaku Geylang,’ dan kami berharap lagu ini dapat memeriahkan lagi sambutan  Aidilfitri semua orang tahun ini,” Prashan Chitty, CEO XENO Entertainment turut kongsikan. “VIDA  Malaysia merupakan sebuah jenama yang proaktif dan juga antara jenama yang paling inovatif dalam  menaja muzik video. Oleh itu, kami sangat berbesar hati kerana dapat bekerjasama sekali lagi bersama  VIDA Malaysia untuk projek Raya ini,” tambahnya. 

“XENO turut mendoakan semoga semua orang selamat dalam perjalanan pergi balik kampung. Jangan  lupa untuk lengkapkan juadah ketupat dan rendang anda dengan minuman VIDA C yang sejuk dan  menyegarkan!” ucap XENO Entertainment bagi mengakhiri pelancaran tersebut. 

“Dilancarkan ketika PKP, VIDA Malaysia memahami perasaan semua rakyat Malaysia. Pandemik lepas  merupakan tempoh yang mencabar untuk rakyat Malaysia — kami menyahut cabaran untuk membawa  suasana Aidilfitri kepada mereka yang tidak dapat bersama yang tersayang dengan mendedikasikan  ucapan Raya digital dengan hasil kolaborasi bersama XENO entertainment,” kata Chan Meng Yang,  Ketua Pengarah Operasi VIDA Malaysia.  

“Dengan pandemik telah berlalu, VIDA Malaysia sangat teruja untuk menyambut Raya Aidilfitri bersama  rakyat Malaysia tahun ini dengan membawa artis-artis tempatan untuk beraya bersama peminat mereka. Harapan kami supaya Raya tahun ini akan lebih meriah dengan 2 tajaan lagu yang boleh  dinikmati dan dinyanyikan bersama.” 

Dengan musim perayaan yang akan datang, VIDA Malaysia berharap hasil kolaborasi dan jelajah ini  dapat menambah kemeriahan suasana Aidilfitri di kalangan rakyat Malaysia. Selain daripada itu, VIDA  Malaysia juga berharap dapat menyempurnakan juadah Syawal rakyat Malaysia dengan minuman VIDA  C yang sedap, berkhasiat serta menyegarkan. “VIDA Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Raya,  maaf zahir dan batin kepada semua rakyat Malaysia. Semoga kita semua dapat beraya bersama  keluarga dan sahabat. Jangan lupa untuk mengambil kesempatan ini untuk mengeratkan hubungan  silaturahim ketika menjamu selera bersama yang tersayang sambil menikmati minuman VIDA C,” ucap  Chan Meng Yang.. 

Lengkapkan juadah raya anda dengan minuman VIDA C – kaya dengan 1,000mg vitamin C dan tersedia  dalam perisa Orange, Lemon, Blackcurrant, Pink Guava dan Kiwi atau minuman VIDA ZERO yang tanpa  kalori, gula ataupun pewarna dalam enam perisa unik Salty Lychee, Original Citrus, Sakura, Lemon,  Minty Lime dan Green Apple yang baharu. Dapatkannya di 7-11 atau pasaraya berdekatan anda sekarang.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.