Ini Yang Anda Perlu “Check” Pada Kereta Sebelum Gerak Balik Kampung
Menjelang perayaan, tentunya ramai yang sudah berkira-kira dan mengambil keputusan untuk melakukan perjalanan pulang ke kampung. Seperti yang diketahui, lambakan kenderaan di atas lebuh raya sudah menjadi kebiasaan.
Oleh itu, mengatur waktu yang paling sesuai merupakan langkah yang terbaik mengurangkan kesesakan lalu lintas dan perjalanan anda bersama keluarga tersayang berjalan lancar.
Ketika pulang beraya, ada yang bergerak menuju ke utara, pantai timur dan selatan tanah air. Oleh itu, aspek keselamatan kenderaan yang diguna pakai perlu dititikberatkan terutamanya bagi mereka yang melakukan perjalanan pulang yang jauh.
Melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan sebelum bergerak sekurang-kurangnya dapat memastikan ia bebas dari sebarang perkara yang tidak diingini.
Jadi, apa yang perlu setiap orang lakukan sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman mereka? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti tips bermanfaat di bawah.
Tips Check Keadaan Kereta Sebelum Pulang Raya
Dalam perkongsian video oleh @carlsonchia_oe di platform TikTok, terdapat beberapa aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan oleh anda.
Luaran
Antara langkah yang boleh dilakukan oleh pemilik kenderaan termasuklah semak keadaan bunga tayar kereta sama ada masih dalam keadaan baik atau telah haus.
Seterusnya, buat balancing alignment dan putaran tayar (wheel rotation). Pastikan semua lampu berada dalam keadaan berfungsi seperti lampu brek, lampu brek ketiga, lampu isyarat (signal) dan lampu utama.
@carlsonchia_oe Ingat semak kereta sebelum balik kampung #selamathariraya #carlsonchia #clgroupautoservice #tiktokguru #tiktokmechanic #fypシ #viral #fyp
Dalaman Enjin
Bagi bahagian melibatkan enjin, terdapat beberapa langkah yang perlu dilihat seperti menyemak paras minyak hitam kereta anda sama ada masih mencukupi ataupun tidak.
BACA JUGA: Kesal Setiap Kali Nak Raya, Sampah ‘Bertimbun’ Di Laluan Menghala Pantai Timur
Selain itu, pastikan tangki air dan minyak brek berada dalam keadaan penuh dan mencukupi pada kadar yang sepatutnya.
@carlsonchia_oe Apa nak semak jika sedia jalan jauh? #TikTokGuru #carlsonchia #tiktokmalaysia🇲🇾 #LearnOnTikTok #jombelajar #clgroupautoservice #motivasi #tiktok
Di Lebuh Raya
Bukan sahaja aspek keselamatan kereta, malah pemanduan kenderaan juga perlu diambil kira sewaktu pulang ke kampung. Terdapat tiga tips sewaktu boleh anda lakukan sewaktu memandu dalam jarak yang jauh.
Yang pertama, pastikan kenderaan yang dipandu berada di kawasan tengah laluan. Ia bagi memastikan anda mempunyai ruang untuk mengelak jika berlaku kecemasan.
Kedua, pastikan anda mempunyai jarak 200 meter dari kereta di bahagian hadapan.
Terakhir, sekiranya kenderaan anda rosak di lebuh raya, pastikan semua penumpang termasuk pemandu keluar dari kenderaan.
Sementara itu, letakkan tripod kereta dengan jarak 150 meter dari kereta. Ia bagi memastikan pengguna jalan lain peka dengan kenderaan di hadapan.
@carlsonchia_oe ilmu memandu di lebuhraya #tiktok #tahukahanda #LearnonTikTok #TikTokGuru #carlsonchia #clgroupautoservice #jombelajar #motivasi #tiktokmalaysia #cl