Siakap Keli
bos jadi kekasih

Dah Lama ‘Clash’ Tiba-tiba Kahwin, Cinta Kembali Bertaut Bila Bekas Kekasih Jadi Bos Kat Tempat Kerja

Dah Lama ‘Clash’ Tiba-tiba Kahwin, Cinta Kembali Bertaut Bila Bekas Kekasih Jadi Bos Kat Tempat Kerja

JIKA lihat sekarang ni, banyak betul drama berkaitan dengan kehidupan yang kita boleh tengok antaranya tentang kisah percintaan. Siapa saja kan tak minat dengar atau tonton drama kisah cinta?

Sebenarnya seronok layan drama-drama ni sebab ia boleh meluaskan lagi skop pemikiran kita mengenai realiti kehidupan pada masa sekarang. Senang kata, drama yang ditayangkan sangat ‘relate’ dengan kehidupan sebenar hari ini.

Antaranya adalah mengenai seorang wanita yang dicintai tiga lelaki, tekanan asyik ditanya progress kerja dan juga mengenai bekas kekasih yang menyedari masih sayang ketika bertemu semula sebagai seorang bos dan staf.

Ketiga-tiga bentuk drama ini sudah menjadi kegemaran orang ramai pada ketika ini kerana ia menandakan bahawa ‘kemuncak’ bagi sesebuah drama yang sebenar bakal bermula.

Mantan…tapi menikah!

Kedengaran seperti pelik, tapi jangan tidak tahu ada juga situasi sebegini yang berlaku di luar sana. Realiti sebeginilah juga ditayangkan melalui layar perak yang kini sangat mendapat sambutan ramai.

Begitulah drama cinta yang korang boleh tonton dalam aplikasi penstriman Viu yang menawarkan pelbagai siri dan drama yang sangat-sangat menarik untuk ditonton!

Antaranya yang menjadi perhatian adalah siri ‘Mantan Tapi Menikah’, iaitu kisah seorang gadis yang menyedari dirinya masih sayang terhadap bekas kekasihnya ketika mereka bertemu semula sebagai bos dan staf.

Secara ringkasnya Ana memerlukan pekerjaan namun pekerjaan yang dia dapat adalah yang menyakitkan kepalanya kerana bosnya adalah bekas teman lelakinya. Pelbagai konflik berlaku apabila bosnya, Saka masih menunjukkan secara terbuka bahawa masih berdendam dengannya.

Mantan Tapi Menikah

Tiga suka seorang

Bukan itu saja, ada lagi drama lain seperti Bidadari Bermata Bening yang menceritakan kisah tiga orang lelaki yang saling menyukai pada seorang wanita. Konflik paling kemuncak dalam drama ini adalah siapakah sebenarnya jejaka pilihan hati wanita tersebut?

Bidadari Bermata Bening

Bos asyik tanya progress kerja staf

Untuk siri yang lain pula, ia adalah mengenai ragam bos yang kerap kali asyik bertanyakan gerak kerja pada staf yang sangat menyukai kerjanya. Ehem! Bos asyik tanya je ni, ada apa-apa ke?

Korang rasa apa akan terjadi, adakah dia akan meletakkan jawatannya kerana tertekan ataupun ada jawapan sesuai yang boleh diberikan kepada bosnya?

Progresnya Berapa Persen

Pelbagai perkara dan situasi yang berlaku di dalam ketiga-tiga series ini. Pastinya tak rugi kalau korang layan kesemua cerita ini kerana mempunyai plot dan konflik berbeza dengan drama-drama yang lain.

Tonton bersama keluarga ketika raya

Lebih menarik drama atau siri ini ditonton bersama keluarga pada musim perayaan ini. Layan drama cinta sambil makan lemang, rendang daging dan kuih raya. Fuh memang umphh!

Bukan apa, lagi ramai berkumpul, lagi ramai yang akan berceloteh akan watak-watak dan drama-drama yang mereka tonton tu. Barulah meriah hari raya kita kan?

Kalau korang nak tahu dengan lebih mendalam, korang bolehlah tonton dahulu trailer-trailer bagi ketiga-tiga drama ni.

Jadi jangan lupa subscribe Viu dan layan drama cinta paling best Mantan Tapi Menikah, Bidadari Bermata Bening dan Progresnya Berapa Persen? di pagi raya nanti sekarang!

BACA JUGA: Viu Malaysia Tawan Jakarta Dengan Sesi Jelajah Nenek Bongkok Tiga

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.