Kena “Reject” Hampir 100 Kali, Lelaki Akhirnya Berjaya Jadi Peguam
Seorang lelaki yang pernah ditolak hampir 100 kali dalam temu duga akhirnya berjaya mendapat pekerjaan impiannya sebagai seorang peguam.
Walaupun memiliki tiga ijazah termasuk ijazah sarjana, Taz Aldekk, 29, terpaksa menerima hakikat bahawa semua kelayakan tersebut belum mampu menjamin peluang pekerjaan untuknya.
Akibat desakan hidup, Taz terpaksa membuat pinjaman menerusi Kredit Universiti untuk terus bertahan.
Reject 100 kali dan berhutang RM 55k, akhirya jadi peguam
Keputusan itu menyaksikan dirinya menanggung hutang lebih RM 55,000, tidak termasuk kos pinjaman tuisyen dan penginapan universiti.
Namun kini, Taz menarik nafas lega selepas dia akhirnya diterima bekerja sebagai Pegawai Kes di Pejabat Pesuruhjaya Maklumat di UK bermula September ini.
Taz berkata bahawa kehidupannya sangat susah dan mencabar. Kesihatan fizikalnya merosot dan cuba sedaya upaya untuk kekal positif tetapi berasa seperti berada di tempat yang gelap.
“Sekarang saya sudah bersedia untuk kerja ini Saya sudah mendapat banyak pengalaman di peringkat nasional dan antarabangsa serta sudah bersedia seperti sediakala. Saya juga gembira berkhidmat di bahagian jenayah dan perkhidmatan awam dengan CPS.” ujarnya lagi.
Ada tiga kelulusan termasuk ijazah sarjana
Terdahulu, Taz merupakan lulusan Sarjana Muda dari Universiti Sheffield dengan kepujian 2:1 dalam jurusan Undang-Undang dan Kriminologi pada tahun 2016.
Beliau juga lulus dari Universiti yang sama pada 2017 selepas mengikuti pengajian Sarjana Undang-undang dalam Undang-undang Korporat dan Undang-undang Komersial dan menamatkan kursusnya dengan cemerlang.
Beliau bagaimanapun mendapati dirinya tidak sesuai untuk berkhidmat sebagai barisster dan menawarkan diri untuk berkhidmat dengan Perkhidmatan Saksi Mahkamah Diraja.
Dia kemudian menjalani latihan selama empat bulan di Amerika Syarikat di Pejabat Hukuman Mati. Kemudian, Taz pulang ke UK dan berkerja sambilan di sebuah firma guaman selama enam bulan.
Selepas itu, dia memohon biasiswa melalui The Honorable Society of Licoln’s Inn yang diiktiraf sebagai salah satu badan peguam dan kehakiman profesional paling berprestij di dunia.
Walaupun ditolak buat kali pertama, Taz memohon sekali lagi dan diberikan biasiswa yang memberinya kebebasan untuk memohon latihan amali.
Selepas permohonan kerjaya ditolak berulang kali termasuklah permohonan pekerjaan yang tiada kena mengena dengan kelulusannya, Taz terpaksa meminjam dengan Kredit Universiti.
Rezekinya hanya tiba selepas 18 bulan menganggur dan hampir 100 kali permohonan kerja ditolak. Dia akhirnya diterima berkhidmat di Pejabat Pesuruhjaya Maklumat dan Perkhidmatan Awam.
Kisah penuh inspirasi diatas dikongsikan oleh Taz menerusi saluran Youtubenya, @tazaldeek.
”Apabila diingat semula, kisah ini menjadi kisah penebusan diri terbesar. Saya ke sekolah dan pernah berada pada kedudukan paling bawah untuk segala-galanya.
“Tanpa biasiswa daripada Lincoln’s Inn, saya tidak mungkin dapat mengikuti kursus bar untuk melayakkan diri sebagai peguam.
“Dari 2017 hingga 2022, permohanan saya ditolak berulang kali dan kini, akhirnya saya berjaya melakukannya,” katanya.
BACA: Empat Mat Rempit Ditahan Merusuh, Pukul Anggota Polis Bertugas Op Selamat
Sumber: The Mirror