Siakap Keli
budak 13 tahun hero
Sumber: CNN

Budak 13 Tahun Jadi Hero, Selamatkan Penumpang Selepas Pemandu Bas Pengsan

Budak 13 Tahun Jadi Hero, Selamatkan Penumpang Selepas Pemandu Bas Pengsan

Seorang pelajar 13 tahun di Michigan mendapat pujian warga maya kerana tindakan beraninya berjaya menyelamatkan rakan-rakan dari terlibat kemalangan.

Dillon Reeves, pelajar di Sekolah Menengah Lois E. Carter bertindak pantas mengemudi sebuah bas selepas pemandu bas dinaikinya pengsan.

Menurut laporan, pemandu bas berkenaan mengalami sakit kepala ketika memandu. Mengikut protokol yang ditetapkan, dia kemudian memaklumkan kepada ibu pejabat berkenaan status kesihatannya dan akan berhenti di bahu jalan sementara menanti bantuan perubatan tiba.

Budak 13 tahun jadi hero, tindakan pantas selamatkan penumpang bas

Bagaimanapun, dia dilapor tidak sempat untuk mengambil tindakan tersebut dan tidak sedarkan diri. Keadaan itu mencetuskan suasana panik hingga bas yang sedang bergerak terkeluar dari laluan dan membahayakan lalu lintas.

Reeves yang duduk di barisan kelima kerusi penumpang kemudian bertindak pantas ke tempat pemandu dan mengawal stereng bas tersebut. Dia akhirnya dilapor berjaya mengawal bas tersebut dan memberhentikannya di tengah jalan.

Dalam video yang dikongsikan kepada media, Reeves dirakam mengawal stereng bas dalam keadaan berdiri sambil menjerit meminta seseorang menghubungi talian kecemasan.

Jadi wira kecil keluarganya

“Seseorang hubungi 911 sekarang. Saya tidak kisah, hubungi 911 sekarang,” jerit Reeves.

Pihak polis berkata, tindakan pantas Reeves dan kemampuannya untuk mengendalikan situasi panik berjaya mengelak situasi tidak diingini berlaku. Apatah lagi, ketika kejadian bas berkapasiti 66 orang itu sarat dengan penumpang.

Difahamkan, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan tindakan Reeves juga berjaya mengelakkan sebarang kerosakan harta benda berlaku.

Pihak polis bersama pasukan perubatan yang tiba selepas itu segera memberikan batuan kepada pemandu bas berkenaan. Manakala semua pelajar dalam bas tersebut dipindahkan ke bas lain sebelum dihantar pulang ke rumah masing-masing.

Pemandu bas tersebut, seorang wanita berusia 40 tahun dilaporkan stabil dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Menurut CNN, wanita itu merupakan pemandu bas baharu dan memulakan tugas berkenaan Julai tahun lepas.

Dalam pada itu, ahli keluarga Reeves ternyata berbangga dengan tindakan pantasnya dan menggelar remaja tersebut sebagai wira kecil keluarga.

BACA: Tak Sangka, Rupanya Ini Fungsi Sebenar Tempat Pemegang Dalam Kereta Ramai Tak Tahu

Sumber: CNN

Mohd Raimi Ismail

peace on earth

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.