Siakap Keli
Brenda Anellia Emas Renang Singapura
Gambar: Bernama

Brenda Anellia Raih Emas Kejohanan Siri Dunia Renang Para Singapura 2023

Brenda Anellia Raih Emas Kejohanan Siri Dunia Renang Para Singapura 2023

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) — Atlet para renang negara, Brenda Anellia Larry meraih pingat emas menerusi acara 150 meter (m) rampaian individu wanita pada hari pertama Kejohanan Siri Dunia Renang Para Singapura 2023 di Pusat Akuatik OCBC, semalam.

Menurut laman web kejohanan https://www.titanium-sportservice.de/, atlet berusia 18 tahun yang beraksi dalam kategori SM 1-4 (kecatatan fizikal) itu mencatatkan masa 4 minit 13.63 saat (s) sekali gus mengenepikan cabaran atlet Brazil, Susana Schnarndorf yang merekodkan 5:19.35s.

BACA JUGA: PM Mahu Kontinjen Malaysia Bawa Pulang Emas Pertama Olimpik

Pertandingan tersebut hanya disertai Brenda dan Susana.

Mengikut format pertandingan, hanya Brenda yang menerima pingat apabila acara terbabit kurang daripada tiga peserta menyertainya.

Kejohanan Siri Dunia Renang Para 2023 di Singapura berlangsung hingga esok (1 Mei).

Sumber: BERNAMA 

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.