Siakap Keli
Resepi Kek Choc Moist
Gambar: Facebook Juraini Kadir II

Lebih Ceria & Menarik, Wanita Kongsi Resepi Kek Choc Moist

Lebih Ceria & Menarik, Wanita Kongsi Resepi Kek Choc Moist

Sebut sahaja mengenai kek, kebanyakan orang sangat menggemari kerana teksturnya yang berkrim dan manis.

Kek terkenal sebagai pencuci mulut (dessert) dan ia terdiri daripada pelbagai perisa, bentuk dan saiz. Ia biasanya dihidangkan sewaktu majlis formal, sambutan hari lahir atau perpisahan dan sebagainya.

Bagaimanapun, anda kini tidak perlu bersusah payah untuk menunggu majlis seperti sambutan hari lahir untuk memakan kek. Tambahan lagi, ratusan resepi kek dikongsikan di media sosial. Anda boleh sahaja cuba membuat kek di rumah untuk  dimakan bersama keluarga.

Hari ini, SK akan berkongsikan satu resepi kek yang menarik oleh Juraini Kadir II, iaitu resepi “Choc Moist Cake”  yang dikongsikan olehnya di Facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN).

Resepi Kek Choc Moist 

Resepi Kek Choc Moist
Gambar: Facebook Juraini Kadir II

Pukul 1 pagi tengah-tengah menjahit langsir kelas anak teringat macam ada kek yang nak dimasak. Terus ke dapur bancuh choc moist.

Pagi tadi buat rainbow untuk deko, masuk oven panas kan untuk keraskan dia.

Lepas tu tinggalkan.

Tiba-tiba letrik satu rumah terpadam. Bau terbakar.

Tengok-tiba plug oven dah berapi hitam terbakar. Nasiblah ada rumah. Buatnya saya keluar tinggalkan oven entah apa la jadi. Tak pernah kena lagi sebelum ni.

Resepi Kek Choc Moist
Gambar: Facebook Juraini Kadir II

BACA JUGA: Guna Tiga Bahan Je, Akak Ni Kongsi Resepi Mudah Buat Popia Oreo

Saya kongsi resepi choc moist saya.

Gambar: Facebook Juraini Kadir II

Doakan Allah kurniakan kemudahan disetiap urusan saya. Saya halalkan dunia akhirat resepi saya ni.

CHOC MOIST CAKE

Bahan A

Antara bahan yang diguna pakai termasuklah 2 cawan tepung gandum cap ros, 1 cawan coco powder, 2 sudu besar black coco powder, ½ sk vanilla powder, ½ sk baking powder dan satukan semua bahan A & kacau sebati.

Gambar: Facebook Juraini Kadir II

 

Bahan B

Bahan B pula menggunakan 1 cawan susu pekat, 1 cawan gula perang ( boleh juga guna gula pasir), 3 biji telur gred A, 1 cawan minyak ( boleh je guna minyak jagung @ minyak masak)  dan 1 cawan air suam ( boleh je guna fresh milk @ susu cair).

Selain itu, pukul gula perang bersama telur sehingga gebu. Kemudian masukkan minyak, susu, air suam.

Masukkan semua bahan A kacau perlahan hingga sebati. Panaskan oven 150° selama 10 min.

Griskan loyang saiz 8″ dgn shorthening, alaskan dengan kertas & masukan adunan tadi.

Bakar selama sejam. Boleh juga dikukus selama sejam atau sehingga masak.

Gambar: Facebook Juraini Kadir II

Sebelum kek diangkat dari oven atau kukus pastikan cucuk dahulu dengan lidi untuk memastikan kek sudah dimasak dengan betul atau tidak.

Pastikan tiada adunan tepung melekat pada lidi baru kek benar-benar masak.

Untuk yang masak atas kukus pastikan kukus ditutup dengan kain agar kek tidak ditimpa air kukus yang menyebabkan kek akan rosak. Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Juraini Kadir II via Facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN)

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.