Siakap Keli
mogok lapar penjara israel
Kredit: CNN Indonesia

Pemimpin Gerakan Palestin Di Penjara Israel Meninggal Dunia Lepas Mogok Lapar 87 Hari

Pemimpin Gerakan Palestin Di Penjara Israel Meninggal Dunia Lepas Mogok Lapar 87 Hari

Pemimpin sebuah gerakan Palestin, Khader Adnan yang ditahan di penjara Israel dilapor meninggal dunia hari ini selepas melakukan mogok lapar selama 87 hari.

Perkhabaran itu diumumkan pihak berkuasa penjara Israel selepas mendapati Adnan tidak sedarkan diri pada pagi ini.

Menurutnya, semasa Adnan dalam tahanan, dia enggan menerima apa-apa rawatan daripada pihak berkuasa penjara Israel.

“Adnan ditemui tidak sedarkan diri di dalam tahanannya.

“Dia enggan menjalani ujian perubatan dan menerima rawatan perubatan semasa dalam tahanan,” katanya.

Berita kematian Adnan segera sampai ke telinga rakyat Palestin dan perkara itu mendapat perhatian daripada Persatuan Banduan WAED di Semenanjung Gaza.

Persatuan itu kemudiannya mengatakan kematian Adnan adalah satu kematian yang dianggap ‘dingin’.

“Khader Adnan telah dihukum bunuh dengan darah dingin,” kata WAED dalam satu kenyataan.

Difahamkan juga, Adnan sebelum ini masuk dan keluar dari penjara Israel beberapa kali dan dia juga telah mengadakan lima mogok lapar sejak dari 2004.

Kali terakhir Israel menahan lelaki berusia 45 tahun itu adalah atas tuduhan menyokong keganasan dan mempunyai kaitan dengan kumpulan gerakan.

Difahamkan Adnan salah seorang individu yang berpengaruh dalam rangkaian gerakan Islam yang berpusat di Tebing Barat.

Seperti Hamas, gerakannya, Jihad Islam juga dipercayai menolak rundingan damai antara Palestin dan Israel.

BACA: Israel Robohkan Kampung Palestin Untuk Kali Ke-216

Adnan pernah ditangkap sebanyak 12 kali oleh Israel

Memetik laporan Idn Times, Adnan pernah ditangkap oleh Israel sebanyak 12 kali dan menghabiskan kira-kira lapan tahun dalam penjara, menurut laporan Persatuan Tahanan Palestin.

Stesen televisyen, Deutsche Welle mengatakan lelaki itu sering ditahan di bawah tahanan pentadbiran atau pertuduhan.

Israel mendakwa penahanan sedemikian perlu apabila bukti tidak dapat dikemukakan di mahkamah.

Sementara itu, rakyat Palestin mengatakan bahawa Israel menolak proses undang-undang yang sewajarnya.

Perkhidmatan penjara Israel berkata Adnan ditangkap kali ini dan didakwa di mahkamah tentera Israel kerana terlibat dengan kumpulan terlarang dan menghasut keganasan.

Sumber: CNN Indonesia, Idn Times,

BACA: Hati-hati, 5 Makanan Manusia Yang Bahaya Dimakan Kucing, Termasuk Juadah Raya Ini

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana