Siakap Keli
Tidak Boleh Hantar SMS Bersama URL Selepas 2 Mei - Maxis
Kredit: Bernama

Tidak Boleh Hantar SMS Bersama URL Selepas 2 Mei – Maxis

Tidak Boleh Hantar SMS Bersama URL Selepas 2 Mei – Maxis

Tidak lama lagi, anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada mesej-mesej spam daripada para penipu atas talian.

Menurut satu makluman daripada sebuah syarikat telekomunikasi gergasi, Maxis Bhd (Maxis), pihaknya bakal menyekat sebarang penghantaran dan penerimaan kandungan pautan pelokasi sumber seragam (URL) menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) bermula 2 Mei.

Maxis menjelaskan bahawa perkara tersebut adalah susulan dengan arahan yang dikeluarkan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD.

Difahamkan, arahan tersebut berkuatkuasa terhadap semua syarikat telekomunikasi (telco) ketika diumumkan pada 1 April lalu.

“Objektif perkara ini adalah untuk mengelakkan pengguna daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian.

“Ia terpakai kepada khidmat penghantaran atau penerimaan SMS daripada nombor mudah alih tempatan dan antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, Maxis menjelaskan bahawa pengguna masih boleh menggunakan platform lain seperti di aplikasi media sosial bagi medium penghantaran.

“Diharap pengguna tidak menekan klik pada mana-mana pautan yang dihantar daripada mereka yang tidak dikenali dan hanya log masuk ke e-dompet atau akaun perbankan dalam talian anda melalui URL rasmi dan aplikasi mudah alih,” ujarnya.

Banyak pengguna diperdayakan menerusi URL dari SMS yang dikirim penipu atas talian

Terdahulu, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengeluarkan arahan kepada semua syarikat telekomunikasi (telco) untuk melarang sebarang kandungan pautan pelokasi sumber seragam (URL) dalam khidmat pesanan ringkas (SMS).

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Chin, terdapat banyak penipuan dalam talian berlaku menerusi penghantaran URL dalam SMS.

“MCMC telah mengeluarkan satu arahan kepada syarikat telco untuk pastikan tiada seorang pun yang akan tersalah tekan URL itu dan berkemungkinan menjadi mangsa (penipuan dalam talian).

Pengguna atau mangsa penipuan biasanya akan tersilap dengan menekan pautan tersebut dan memberikan maklumat peribadi tanpa sengaja.

“Banyak penipuan dalam talian berlaku apabila pengguna tersalah tekan pautan tersebut, kemudian memberi maklumat peribadi dan akhirnya menjadi mangsa,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata arahan tersebut akan berkuat kuasa secara berperingkat dan berharap syarikat yang terlibat dapat melaksanakan arahan tersebut dalam masa yang terdekat.

BACA: Strok Haba: Ibu Mangsa Minta Orang Ramai Hentikan Spekulasi, Emosi Terganggu

Sumber: Sinar Harian & Bernama

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.